Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 17, 2013

Jika Anda Peminat Kumpulan Rock SEARCH dan Rock Kapak

Jika Anda Peminat Kumpulan Rock SEARCH dan Rock Kapak


Rock Kapak satu ketika dahulu dianggap sebagai jelek dan tiada moral oleh masyarakat Malaysia kerana gaya penampilannya yang agak ganas dengan seluar koyak, baju koyak, rambut panjang dan ada yang mata bercelak hingga kelihatan menyeramkan.  Tetapi semua tanggapan itu musnah setelah kumpulan rock lagenda negara iaitu Search menjadi kumpulan rock pertama menerima anugerah dan pengiktirafan dari industri hiburan.  Maka bangkitlah martabat dan semangat pencinta rock tanah air.  




Topik utama yang nak gua kongsikan di sini sebenarnya bukannya kumpulan Search atau Wings, tetapi satu kumpulan yang terdiri daripada anak-anak muda yang telah mencuit jiwa dan hati ramai peminat rock tanah air.  Kumpulan yang saya maksudkan itu adalah RETROSPEKTIF.  Mereka telah melahirkan album single pertama.  Apa yang menarik tentang rock n roll band ini adalah, suara penyanyinya yang boleh dikatakan 90% menyamai Amy Search.  Sememangnya kumpulan Search adalah ibarat 'God Father' bagi mereka.  Di setiap 'show' yang dibuat di mana-mana sudah pasti lagu-lagu Search yang mereka mainkan.  "Drummer, Guitarist, Basis dan Singer" complete seh .... Search habis ...  Pernah sekali gua pi tengok bebudak ni main, masa tu Yazid Search, Ramli Sarip, Tom (drummer) dan ramai lagi otai-otai rockers ada.  Dengan sempoi penyanyi dan Retrospektif santak 5 lagu Search 'direct' dan orang ramai yang ada bersorak tepuk tangan.

Bagi gua, kalau lu orang minat retro rock la kan, kita kena support bebudak ni.  Album dia kita kena beli dan promote.  Secara peribadi gua tak kenal mereka dan dia orang tak kenal gua.  Tapi gua rasa jiwa rock dari dia orang ni menghidupkan kembali retro rock.  Siapa lagi sekarang ni pelapis yang akan bagi nafas segar kepada retro rock?  Gua hanya nampak Retrospektif.  Pastinya yang lain ada, tapi gua cakap lu masih lagi tak nampak kewujudannya.  Klik button facebook ni untuk kenali mereka dengan lebih dekat lagi.


Wowo .. tengok bro sapa main drum belakang tu... 


Layan bro ...... 

Semoga Retrospektif akan menggegar suatu hari nanti ...... 


6 comments:

C++ said...

Bhai Zelmey...

Pergh... mantop... ajak la diorang buat konsert kat rumah Pak Habib... hahaha... boleh la gua mari... hahah

zelmey said...

Betol .. gua sangat suka yang tak terhengga tu . haha

haziq hilmi said...

2 guitarist kidal tu memang power, yang sorang guitarist tangan kanan 2 solo dia meleleh siot! sedap!.. tolong up kan band ni.. diorang ada potensi besar!

zelmey said...

Yes .. they are damn good ...

Merah said...

Assalamualaikum Wbt
Thanks to all supporter!!
Allah selamatkan kamu...🤲🏻

Merah said...

https://youtu.be/yJ3fTCzSwk8