Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 15, 2012

Bakar Kekasih Sendiri Dalam Semak !

Bakar Kekasih Sendiri Dalam Semak !


“Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Kecik-kecik dah jadi BINATANG ... Bila dah BESAR nanti jadi apa aku tak tahu lah ... Manusia macam ni ... Jangan bagi peluang ... Cacat seumur hidup dia kerjakan anak orang ....

1 comments:

C++ said...

Bhai Zelmey...

1 perkara... memang kejam dan sadis mamat durjana nih... buat kerja sial macam tue...

2 perkara... pasai aper senang sangat anak-anak pompuan kiter dibiarkan dengan lelaki malam-malam buta... tak kisah la kenal ker idak ker... kalu kena rogol ker mender ker... kan susah... ini dah kena bakar baru nak sedar.... susah wei...

3 perkara... gua salahkan jugak keluarga budak perempuan tue... tak prihatin... susah nak cakap aaa...