Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA YANG MERDEKA ! MERDEKA YANG BINASA !

MERDEKA YANG MERDEKA ! MERDEKA YANG BINASA !









Apakah Maknanya Laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! jika akal dan ekonomi masih dijajah oleh Bumi sendiri. Walau kini sambutan Merdeka dari tahun ke tahun yang baru semakin pudar dan tiada semangat kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos 1957 atau 31 Ogos tiap-tiap tahun tetap hari mengingati MERDEKA.

Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di bumi hasil tumpah darah Tok Nenek Moyang kita dahulu, apakah peranan kita kini? Adakah meneruskan keharmonian, meneruskan kemuafakatan sesama bangsa ataupun menjadi rakyat yang menyumbang kepada masalah dalam negara?


Adakah lebih setengah abad negara merdeka, kita kini menjadi orang yang berjaya, pintar, bijak, berilmu atau masih ibarat manusia yang hidup di zaman sebelum Merdeka?


Cuma kini kepala tidak dipenggal saja, tetapi otak dan jiwa yang dipenggal.

Sebagai manusia tak kiralah hidup di negara mana sekali pun, apa yang kita harus perjuang dan nikmati adalah kebebasan hidup, bersuara, mencari rezeki, beramal, menuntut ilmu dan bergembira. Anda bagaimana?

Bukan seperti foto di atas yang kita mahukan. Jadi, jagalah bersama keharmonian negara kita yang tercinta ini.

Selami maksud MERDEKA ! dan baca serta ambil tahu sejarah kemerdekaan dan jangan kita terlalu seronok dengan kehidupan hari ini sehingga kita lupa keturunan kita yang terawal ramai yang terkorban nyawa untuk memerdekakan KITA semua.

Kepada yang telah MERDEKA, jangan sesekali merompak hasil usaha rakyat kerana kesannya KETURUNAN KAMU akan hidup MEWAH tetapi hakikatnya banyak BALA yang menimpa. Takuti Tuhanmu dan Kasihani rakyat yang masih lagi ramai hidup dalam keadaan miskin dan merana.

Jika KAMU, KERAJAAN mahukan HATI dan JIWA rakyat kamu, maka jangan sesekali mencuri wang rakyat dari rasuah dan pelbagai cara lagi.

Jika KAMU, KERAJAAN mahukan KEMENANGAN, singkirkan dan buang pemimpin yang menjadi perosak kepada hati rakyat atau perosak kepada negara tercinta ini.

Di sini, AKU dan aku percaya RAKYAT MALAYSIA yang membaca ini juga setuju denganku seperti di bawah:

"Ya Allah, sekiranya PEMERINTAH kami melakukan KEMUNGKARAN dan MEROMPAK maka ENGKAU hapuskan mereka dan gantikan dengan yang BAHARU yang lebih IKHLAS, JUJUR & AMANAH terhadap kami. Dan sekiranya PEMERINTAH kami merompak tetapi tiada pengganti yang baik, maka ENGKAU berilah PETUNJUK kepada MEREKA bahawa KUASAMU TERAMAT BESAR dan Berikan PENGAJARAN KEPADA MEREKA DAN KELUARGA MEREKA sekiranya apa yang mereka lakukan telah menganiaya KELUARGA KAMI semua."


Aku tidak mahu dengar perkataan dan tak mahu tahu perkataan JANJI DITEPATI. Tetapi apa yang aku mahu PEMERINTAH semua tidak menjadi PEROMPAK & PENYAMUN dengan rasuah. Tetapi menjadi PEMERINTAH yang BERSIH yang sebersih-bersihnya.

TAKUTI TUHANMU, TAKUTI PENCIPTAMU, TAKUTI KUASANYA, TAKUTI BALASAN DARINYA. KERANA BALASANNYA AMAT AZAB BAGI KAMU YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN.



MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Selukan Maut !

Selukan Maut !


Pada masa sekarang ni, para remaja yang masih di bangku sekolah semakin banyak jumlahnya yang dah mula melayan nafsu serakah. Mungkin kerana pendedahan yang terbuka serta mudah untuk mendapat ransangan seksual menerusi laman web.

Oleh itu, kasih sayang dan didikan agama amatlah MUSTAHAK bagi memastikan anak-anak kita nanti tidak terjebak dengan perkara sedemikian.


Kaum lelaki juga tidak terlepas dari gejala songsang ini. Kini bukan sahaja pening nak jaga anak perempuan, malah anak laki-laki juga harus diberi perhatian dan tunjuk ajar perkara yang benar dan salah.


Tempat terbuka pun jadi !

MANUSIA BIASA, MANUSIA LUAR BIASA, MANUSIA PUAKA

MANUSIA BIASA, MANUSIA LUAR BIASA, MANUSIA PUAKA



Saipa yang tak kenal brother sorang ni ?

Untuk cerita lanjut sila klik sini

Enjoy reading ya .....

Wednesday, August 29, 2012

Bekas Perdana Menteri, Perdana Menteri & Bakal Perdana Menteri

Bekas Perdana Menteri, Perdana Menteri & Bakal Perdana Menteri

Mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah melahirkan beberapa Billionaire dan telah melahirkan ramai Millionaire. Pengaruh beliau sesuatu yang tak boleh sama sekali dinafikan oleh rakyat dunia. Sudah pasti Tun dianggap sebagai 'God Father' kepada ramai Taikun yang menjadi punca kerancakan ekonomi negara. Saya percaya Tun seorang yang masih berbisa didalam pengaruh politik mahupun ekonomi. Cuma mungkin diam-diam ubi saja. Masakan anak melupakan bapak. Itulah ibarat Taikun yang telah dilahirkan beliau. Sudah pasti ada satu rancangan besar sedang dilakukan untuk merencana dan memulihkan kestabilan ekonomi dan politik negara.

Tidak banyak yang dilaksanakan oleh PM dari sudut pembangunan ekonomi secara total melainkan menabur bakti sumbangan kepada rakyat seperti BRIM dan lain-lain. Fokus PM kini jelas lebih kepada memancing hati rakyat untuk kembali memberi sokongan kepada BN. Ibarat kata, beliau akan lakukan apa sahaja bagi mempertahankan kedudukannya didalam Kerajaan sebagai 'The Number 1'. Usaha berlipat kali ganda bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat bukan satu perkara mudah, apatah lagi setelah seorang lagi mantan PM iaitu Pak Lah dianggap telah membuat banyak kerosakan hati rakyat apabila beberapa kali menaikkan harga petrol yang menjadi punca kenaikkan harga barang dan kenaikkan darah rakyat. Ibarat mencuci mangkuk kotor yang digunakan oleh orang lain. Segala bentuk jentera dikerah di seluruh negara bagi melaksana dan menyampaikan mesej dan misinya. Tapi harus kita ingat, Najib merupakan PM yang agak panas dengan pelbagai kontroversi yang semua orang pun tahu tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Mampukah beliau mempertahankan kedudukannya?


TPM, yang membantu dari belakang dan tepi untuk memastikan kemenangan BN sudah pasti turut bekerja keras siang dan malam dengan pelabagai acara dan program untuk rakyat. Insan yang bernama Muhyiddin Yassin anak kelahiran Johor ini amat terkenal dari dulu dengan sikap brutal apabila sampai waktunya, sepertimana beliau menjolok Pak Lah untuk berundur bagi memberi laluan kepada Najib. Namun, adakah ianya benar-benar untuk Najib atau untuk Muhyiddin sendiri selepas ini apabila sampai gilirannya untuk menjolok Najib pula.

Muhyiddin merupakan seorang yang berani menjolok sarang tebuan dan cara jolokkannya penuh perancangan yang cukup teliti dan stratergik yang sering memihak kepada beliau. So, you watch out Najib !

Dengan permasalahan yang telah diteliti oleh beliau dari segala sudut mahupun kehendak rakyat saya percaya beliau mempunyai satu rancangan teliti yang akan menggembirakan semua tidak kira sama ada bangsa Melayu, Cina mahupun India.

Akan tetapi, segala penulisan saya di atas sekadar congak dan bacaan peribadi saya sahaja. Sekiranya betul, maka betullah, jika salah maka salah lah. Bagi saya setiap orang berhak untuk membuat andaiannya. Kerana buah fikiran dan pandangan rakyat adalah hak rakyat.

Jangan pulak nanti ia dijadikan kontroversi dan saya ditanya oleh pelbagai pihak pulak. Tapi kalau nak tanya pun itu hak masing-masing.

Semoga rakyat yang mengganggap mereka semakin bijak benar-benar menjadi bijak dan berilmu. Tuntutlah ilmu hidup dan ekonomi bagi memastikan kita benar-benar merdeka bukan sekadar terpekik melaungkan suara Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Selamat Hari Merdeka !


Sunday, August 26, 2012

Semangat MERDEKA Yang Kian Pudar

Semangat MERDEKA Yang Kian Pudar
Malas nak cakap panjang-panjang sebab korang sendiri faham kenapa semangat KEMERDEKAAN kian pudar?




Semangat ini kian pupus ....

Tahniah Rakyat Malaysia ...

UMNO Ibarat Pinggan Antik

UMNO Ibarat Pinggan Antik

Pinggan Antik

Mangkuk Antik

Lama tak menulis blog gara-gara 3 laptop aku masih belum dipulangkan oleh Pihak Polis sewaktu aku ditangkap bagi membantu siasatan ke atas Uncleseekers. Kepada ASP Fairoz, tolonglah percepatkan siasatan forensik ke atas laptop gua tu beb .... sumpah kerja banyak tergantung. Terima kasih atas kerjasama yang terbaik.

Nah, petang tadi aku borak-borak dengan Kak Fairuz (kakak angkat) .. dia kata Abah (Syed Hussien Al-attas @ Pak Habib) kata "UMNO ni ibarat pinggan antik". Maksudnya pinggan tu dah berusia lebih setengah abad. Jadi makanan yang dimakan yang diletakkan dalam pinggan tu kenalah makanan yang berzat dan bersih lagi halal. Kalau yang dok masuk dalam pinggan tu makanan atau benda yang dah tak berzat, buat-buat la tukar kepada makanan atau barang lain.

Kot kalau tak faham maksud tersirat tu ... ibarat pemimpin yang dah lama tu tak payah la nak merosakkan lagi parti. Tukar saja dengan yang lebih berzat dan berkrim ....

Petang tadi banyak juga cerita-cerita bersama abah. Abah juga kata, kenapa UMNO (United Malays National Organization) ibarat parti orang putih kerana pakai bahasa omputeh tapi untuk orang Melayu. Bila pikir dalam-dalam, agaknya apa punca UMNO ditubuhkan dan cadangan siapa? Dan kenapa namanya singkatan dari Bahasa Inggeris? Kalau parti untuk orang Melayu guna sajalah bahasa Melayu.

Pak Habib juga kata, apabila 1Malaysia pada 16 September (kebetulan tarikh lahir aku) dilancarkan ia mengingatkan sejarah negeri-negeri Sarawak, Sabah dan Singapura yang mengekalkan namanya, tetapi nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia pada hari penubuhan nama negara Malaysia. Atau Malay Si A .... apa maksud tersirat ... dan kenapa sekarang bangsa Melayu sangat kritikal dan goyang akibat bangsa sendiri. Hidup di bumi sendiri tapi bagai tersepit.

Kadang-kadang aku naik letih tengok bangsa aku sendiri asik bercakaran, maki, fitnah, hamun, cari, cerca sesama sendiri. Dah macam orang bodoh .... Ibarat membunuh keluarga sendiri.

Cuba anda semua bayangkan kalau UMNO sanggup mengorbankan pemimpin-peminpin antik dan digantikan dengan pemimpin dari parti Pas jika kedua-dua parti ini sudi bergabung. Bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang sangat kuat tidak kira dari segi perpaduan, politik mahupun ekonomi.

Tidak salah membahagikan kekayaan kepada bangsa Cina, India dan lain-lain kerana mereka juga adalah RAKYAT MALAYSIA. Keseimbangan politik dan perpaduan sesama bangsa amatlah dituntut di dalam ajaran ISLAM. Kerana itulah Allah menjadikan manusia dari pelbagai kaum agar dapat kita mengenali antara satu dengan lain. Bukan untuk bermusuhan.

Kuasa dunia selepas Amerika Syarikat nampak jelas menuju kepada Negara Cina dan India. Apa yang uniknya di sini, negara kita memiliki jumlah kedua-dua bangsa tersebut dengan satu jumlah yang besar selepas bangsa Melayu.

Parti pembangkang harus ada, jika tidak pemimpin UMNO akan terus kurang ajar dan sombong macam yang lepas-lepas. Kini pemimpin UMNO bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dengan pelabagai usaha dan berbilion ringgit dilaburkan. Persoalannya adakah rakyat menerima dengan menyayangi kerajaan atau sekadar balun tapi tetap mahu jatuhkan kerajaan. Pihak kerajaan pula jangan ada rasa tak puas hati jika si penerima habuan tidak beri sokongan atau undi kepada BN. Kerana kebajikan rakyat itu adalah tanggung-jawab pemerintah atau kerajaan. Soal selebihnya biarlah Tuhan yang menentukan. Jangan sesekali buat kerja Tuhan kerana kita bukan Tuhan. Tapi kalau tak faham jugak, jadilah Tuhan kepada diri sendiri.

Tak perlu dan tak payah nak maki hamun orang-orang PAS yang bergabung dengan DAP dan tak payah juga nak mengutuk UMNO dengan MCA atau MIC. Kan dah memang negara kita ni berbilang kaum dan bermasyarakat majmuk. Kalau tak faham juga, elok jadi beruk.



Aku tak berminat langsung nak sentuh pasal PKR kerana pemimpin-peminpin dalam parti ni boleh diibarat "PENYAMUN KECEWA" dan buat platform baru untuk menyamun.

Fikir-fikirkan lah .... buat lah apa yang terbaik untuk negara anda sendiri dan generasi akan datang.

Akhir kata, Majulah Sukan untuk Negara.

Psst ... Apa aku nak tulis, adalah suka hati aku lah atau lebih tepat lagi, suka hati mak bapak aku la ...

Saturday, August 25, 2012

Hantu Dalam Masjid Tinggal

Hantu Dalam Masjid Tinggal


Sapa nak tengok Hantu kat sini? ngeeee

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya !


selamat hari raya aidil fitri










pandu dengan cermat, ingat insan tersayang. love you all bebeh :-)

Wednesday, August 15, 2012

Bakar Kekasih Sendiri Dalam Semak !

Bakar Kekasih Sendiri Dalam Semak !


“Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

Kecik-kecik dah jadi BINATANG ... Bila dah BESAR nanti jadi apa aku tak tahu lah ... Manusia macam ni ... Jangan bagi peluang ... Cacat seumur hidup dia kerjakan anak orang ....

Monday, August 13, 2012

Lagu-lagu Raya Klasik

Lagu-lagu Raya Klasik



Halil Chik - Lenggang Mak Limah


DJ Dave


Puan Sri Saloma


Tan Sri P Ramlee

Di sana nak balun membalun dalam blog tu teruskan ya .... Di sini nak layan lagu raya ....

Aku nak dengar lagu raya ! .... Jom Raya !





Kumpulan Rock Metallica Raikan Aidil Fitri

Kumpulan Rock Metallica Raikan Aidil Fitri


Macam harem ...

Selamat Hari Raya .. hehe

Friday, August 10, 2012

Khairi Jamaludin vs Anwar Ibrahim

Khairi Jamaludin vs Anwar Ibrahim

Satu lagi kisah menarik dalam negara akan berlaku di antara YB Khairi Jamaludin dengan DS Anwar Ibrahim di mana DSAI memfailkan saman terhadap KJ berjumlah RM100 juta yang mendakwa KJ mengeluarkan kata-kata yang berbaur fitnah yang juga telah mengakibatkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiar di dalam laman web Malaysiakini.com.

Ketua Pembangkang itu mendakwa klip video di dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan KJ pada satu ceramah di Lembah Pantai kira-kira pada 20 Feb, 2008.

Peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi telah menetapkan tarikh 14 Nov dan 20 Nov untuk perbicaraan saman tersebut.

The Big Player Toys is on going .. Lets check it out !

Thursday, August 9, 2012

98% Kaum Lelaki Lemah Zakar

98% Kaum Lelaki Lemah Zakar
Gambar hiasan - Si lelaki yang mengalami masalah lemah zakar.

Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan kes prostat dikesan berlaku pada kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas. Ramai kaum lelaki tidak mengambil berat atau mengambil remeh tentang senjata utama mereka. Ini antara penyebab si isteri minta cerai dan ada isteri yang main belakang.

Sayangnya ramai kaum lelaki berasa malu untuk bertemu dengan doktor bagi mendapat nasihat untuk pemulihan. Akhirnya mengakibatkan keruntuhan rumah tangga.

Untuk cerita lanjut sila klik sini ....

Wednesday, August 8, 2012

Hanya Kerana BULU FARAJ

Hanya Kerana BULU FARAJ

KUALA LUMPUR - Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan teruk selepas kemaluannya melecur selepas menjalani proses pembuangan bulu kekal di sebuah pusat kecantikan terkemuka di ibu negara pada 22 Julai lalu.
Lebih malang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 39, terpaksa menghabiskan kira-kira RM35,000 hingga RM55,000 untuk mengubati kecederaan melecur di bahagian alat sulitnya itu.
Bukan itu sahaja, dia juga mungkin berhadapan dengan risiko mengalami parut kekal walaupun telah menjalani rawatan tersebut.

Mengimbau kembali kejadian tersebut, Lee berkata, dia telah menjalani proses pembuangan bulu kemaluan yang dikenali sebagai Nano Light sejak enam bulan lalu dengan bayaran perkhidmatan sebanyak RM3,500.
"Dalam tempoh enam bulan, tiada sebarang masalah yang berlaku dan segalanya berjalan lancar.
"Kejadian ini hanya berlaku selepas ahli terapi yang selama ini menjalani proses pembuangan bulu untuk saya diganti dengan orang lain," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Jalan Ampang di sini semalam. - Kosmo!

Tuesday, August 7, 2012

Antara Tuhan & Manusia

Antara Tuhan & Manusia


Ingin berkongsi satu perkara di sini. Mungkin kita perasan kenapa ada orang doanya atau permohonannya kepada Allah mudah dapat. Ada orang pula susah untuk dapat?

Cuba kita fikirkan sejenak hal di ini. Apabila seseorang itu meminta pertolongan dari seseorang yang dia sekadar tahu tetapi masing-masing tidak mengenali dengan lebih dekat antara satu dengan yang lain. Adakah orang itu akan menolong? Lebih-lebih lagi tentang kewangan? Jawapannya sudah pasti tidak. Ini adalah jawapan yang sangat lazim dan jika ada yang sudi memberi pertolongan itu sudah pasti sangat jarang berlaku.


Maka saya beranggapan mungkin begitu jualah jika kita sekadar tahu Allah tetapi tidak kenal dengan dekat akan siapakah Dia, sifat-sifat Dia. Ini berkemungkinan menyebabkan doa dan permohonan serta hajat jarang dimakbulkan. Wallahualam ...

Saya sekadar berkongsi .... Apa kata anda?





Monday, August 6, 2012

Merdeka !

Merdeka !

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj


Sumber dari Youtube

Apa komen anda?

Gugur Di Medan Perang Pertahan Negara

Gugur Di Medan Perang Pertahan Negara




Jasa mereka tetap dikenang hingga ke hari ini.

Semoga pengiktirafan dan pembelaan sewajarnya terhadap mereka semua sama-ada yang telah gugur mahupun jika ada yang masih hidup.