Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 11, 2012

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin, didakwa salah laku

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin, didakwa salah laku



Berikutan dakwaan penyelewengan tersebut Hamidzun Khairuddin telah disenarai hitam oleh PKNS.
(FMT) - Presiden Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang kerapkali membongkar pelbagai dakwaan kononnya berlaku penyelewengan di negeri Selangor kini didakwa pula melakukan penyelewengan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Khairuddin ini pernah melakukan penyelewengan ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penyelaras Bersama SAMM Selangor Azhar Achil mendakwa penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.
“Walaupun kononnya Hamidzun telah membayar semula wang selepas itu setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan suatu kesalahan,” kata Azhar dalam satu kenyataan media.
Beliau selaku penyelaras SAMM Selangor membuat laporan polis di IPD Sabak Bernam semalam ke atas kewujudan dua dokumen yang menyatakan penyelewengan yang dilakukan Hamidzun.
Menurutnya, Hamidzun ialah rakan kongsi dalam syarikat peguam Zamri Ibrahim & Co. yang telah menyeleweng wang ketika menjadi panel peguam PKNS.
“Satu siasatan harus dilakukan dan jika benar perkara ini berlaku beliau seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas telah menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya itu,” kata Azhar.

0 comments: