Pejuang MELAYU Yang Kian Pudar
British yang menjajah Tanah Melayu
Negara yang tercinta ini dulu pernah dijajah oleh British. Kehidupan dizaman penjajah hanya datuk nenek moyang kita yang tahu. Peninggalan daripada kolonial British dan kesan sejarah dapat dilihat hingga ke hari ini.
Perairan Selat Melaka yang menjadi laluan setiap kapal-kapal dari serata pelusuh dunia kerana ia merupakan selat yang selamat dari angin kencang dan Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang luar. Di sini jugalah menjadi pusat awal penyebaran agama Islam dan permastautinan rakyat asing. Portugis, Belanda, China, India, British dan lain-lain. Tanpa disedari ia telah membuka mata orang luar untuk menjadikan Melaka dan Tanah Melayu sebagai tempat cari makan dan takluk.
Jepun di Tanah Melayu
Tentera Jepun yang menyerang dan membunuh ramai penduduk telah membuatkan British keluar dari Tanah Melayu. Kesengsaraan penduduk pada ketika itu amat pedih tidak terhingga. Perasaan takut dan bimbang menjadi teman harian di jiwa.
Komunis
Komunis yang kemudiannya berperang dengan askar Jepun hingga Jepun meninggalkan Tanah Melayu. Akan tetapi pelbagai kontroversi dalam kisah ini. Komunis bertindak kejam selepas Jepun dengan mencuri dan membunuh orang-orang yang tidak berdosa di Tanah Melayu.
Gambar sumber internet -
Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
Dato' Onn Jaafar - Pejuang yang TULEN untuk Bangsa.
"Hang Tuah"
Pendekar Melayu
Orang Melayu
Sejarah
Kepala Orang Melayu
Kepala Orang Melayu
Kepala Orang Melayu
KJ, Hebat tapi pastikan anda ikhlas dalam perjuangan dan jangan gadai negara dan bangsa.
Tun Dr Mahathir yang menjadi lagenda pemimpin Melayu yang digeruni dan disegani Dunia.
Bangsa Melayu yang dibenci ketika dahulu, Tetapi dialah juga Melayu yang banyak menaikkan nama Melayu dan negara. Betul kata Tun, Melayu MUDAH LUPA...
Hari ini, perkataan 'Perjuangan Untuk Bangsa' segalanya nyata dalam bentuk material dan sukar hingga tahap yang mustahil untuk melihat perjuangan Bangsa Melayu semata-mata kerana PRINSIP PERJUANGAN tanpa balasan material.
Terdapat ramai para pemimpin Melayu yang berjuang untuk kepentingan peribadi, samaada untuk kekal bertahta dengan jawatan atau menikam sesama sendiri untuk merampas jawatan yang lebih tinggi.
Melayu Lupa, Leka dan Lalai. Yang rugi dan musnah kelak hanyalah keturunan dan generasi akan datang. Memfitnah sana dan sini, siapa yang untung? Perpecahan Melayu pada hari ini hanyalah akan memudahkan Bangsa Melayu dimusnahkan dan diroboh. Tiada lagi perpaduan, tiada lagi rasa cintakan bangsa, tiada lagi rasa hormat menghormati, tiada lagi kasih sayang, tiada lagi kepercayaan, tiada lagi pengorbanan, tiada lagi keikhlasan, tiada lagi semangat untuk menaikkan bangsa. Akhirnya, bentuk baru dalam penjajahan iaitu politik dan ekonomi dapat diambil alih oleh orang lain yang berkemungkinan besar mempunyai talian kuat dan kepentingan Barat dan Yahudi.
Bacalah sejarah dan ingatlah detik-detik sejarah negara kita. Hanya mengenal sejarah dan perjuangan, mampu menyemai semula semangat perpaduan Bangsa.
Tanah Melayu
Malaysia
Rusuhan - Adakah ini yang kita mahukan ?
Atau pun seperti foto-foto di bawah:
Open House Raya
Gong Xi Fa Chai
Deepavali
MELAYU mudah LUPA, tetapi MEREKA tak LUPA.
Bangun lah dan jangan sampai dah rebah baru nak Bangun !
Akhir kata Majulah Bangsa, Majulah Negara dan Majulah Rakyat.
Kepada para pemimpin tadak kiralah apa juga parti sekali pun dan bangsa apa sekali pun. Apabila kamu telah memegang kuasa dan sedang menjadi ketua atau Kerajaan di Negeri mahupun Negara. Berkhidmatlah dengan HEMAH, JUJUR serta IKHLAS. Kerana apabila engkau berlaku KEJAM dan ZALIM, doa rakyatMu yang teraniaya ini diterima oleh Allah.
Dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan manafaat.
0 comments:
Post a Comment