Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 18, 2012

Benarkah Ramai Ambil Keputusan Tidak Keluar Mengundi Pada PRU 13?

Benarkah Ramai Ambil Keputusan Tidak Keluar Mengundi Pada PRU 13?


Selama beberapa bulan aku suka-suka tanya ramai kawan-kawan tentang politik dan pilihanraya.  Rata-rata ramai yang dah mula rasa bosan dengan senario politik yang kucar-kacir.  Apa yang paling membosankan bagi mereka adalah apabila melihat tukang karut parti politik asik maki hamun, provok, fitnah memfitnah dan mencaci antara satu sama lain.

Dia orang kata, tak tahu nak undi siapa kali ni, nak undi BN dah meluat dengan ramai perangai pemimpin UMNO, nak undi PR pula aku tak suka dengan cara mereka yang banyak cetuskan huru-hara.  Tapi kalau tak buat huru-hara dan tanpa PR, BN pula akan terus tak sedar diri, lupa diri, sombong dan terus angkuh.

Ada pemimpin bila nak tagih sokongan dan undi janji macam-macam, jumpa pun senyum jabat tangan dan ada yang tunduk kepala.  Tapi bila dah dapat apa yang diimpikan, tukar perangai macam penyangak dan sombong.

Kalau nak cakap bab perangai pemimpin politik ni, bagi aku pula tak kiralah parti mana pun mesti ada beruk-beruk yang macam ni.  Tapi takkan kita nak dok rumah tak keluar mengundi pulak kan?

Tapi sebenarnya sikit sebanyak hal-hal macam ni pun kadang-kadang aku pun terlintas malas nak keluar mengundi.  Apa nak jadi ... jadi lah ... Tapi nanti aku pulak tak bertanggung-jawab pada negara.

Mana-mana parti politik sekali pun bila nak menjelang pilihanraya masing-masing dah mula kempen sesama sendiri untuk jadi calon pilihanraya.  Nama pun belum tercalon dah macam kempen pilihanraya, walau satu parti, walau satu bumbung tikam menikam dah bermula... Keji juga politik ni kan?  Lebih mulia beruk-beruk kat dalam zoo tu ha, kalau ada yang gaduh mesti ada otai depa yang kasi lerai.  Ini dalam politik, banyak pulak kaki bakar dan kipas.  Beruk kalau tengok pun depa gelakkan korang tau ...

Nanti kang bila ada orang panggil mangkuk tau pulak marah.  Sebenarnya ini lah yang berlaku apabila perjuangan 100% bukan untuk parti, bangsa dan negara.  Bangsa dan maruah sanggup digadai dan dijual.  Diri sendiri pun sanggup jadi keji.  

Entah la dol ... apa nak jadi la zaman sekarang ni... Makin tak senonoh pejuang dan pemimpin politik, walau tidak semua tapi jumlahnya banyak.  Pemimpin adalah khalifah, tapi kalau dah khalifah perangai macam iblis macam mana ek?  Cer citer cer cite .... 

Ini sajalah bebelan aku hari ini ... Majulah sukan untuk negara .... 


Reactions:

0 comments: