Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 3, 2011

MELAYU, CINA & INDIA

MELAYU, CINA & INDIA

Diwaktu kecil dulu, semasa di bangku sekolah saya ada ramai kawan-kawan dari keturunan Melayu, Cina dan India. Kami belajar bersama, main bersama, makan bersama tanpa ada satu perasaan pun tentang PERKAUMAN.

Malah apabila saya dah dewasa, saya masih ingat lagi saya tinggal di rumah keluarga berketurunan Cina. Uncle Yap adalah bapa kepada anak-anak bernama Raymond, Larry, Kevin dan kami tinggal serumah. Manakala ibu bapa mereka tinggal di rumah selang 5 buah rumah dari rumah kami tinggal.

Walau saya berbangsa Melayu dan mereka berketurunan Cina, kami tinggal bagai satu keluarga.
Beberapa tahun lalu saya juga mempunya adik angkat berbangsa Cina Lawrence Tee dia tinggal di Kelana Jaya. Pada pertemuan kali ke dua dia telah bawa saya tidur ke rumahnya dan saya dilayan seperti keluarga juga.

Saya berkawan dgn orang2 Cina dari saya kecil lagi hingga saya fasih berbahasa Hokkien dan ramai dikalangan kawan2 saya termasuk keturunan India pun boleh berbahasa hokkien.

Sehingga hari ini kami seperti abang dan adik.

TETAPI sayang sekali kenapa wujudnya perselisihan dan pergeselan antara kaum pada waktu ini.???

Tidakkah anda semua sayangkan keharmonian dan kedaimaian yang ada hari ini?

Buang rasa iri hati, hasad dengki, buruk sangka. Kembalikan semangat cinta dan sayangkan kawan2 kita tidak kira apa agama dan bangsa.

Moga Malaysia terus aman dan makmur serta MAJU JAYA !

0 comments: