Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 10, 2011

RAJAGOBAL TIADA KEMAMPUAN UNTUK REKA PASUKAN BOLASEPAK

RAJAGOBAL TIADA KEMAMPUAN UNTUK REKA PASUKAN BOLASEPAK


Isnin 10 Oktober 2011 - Harian Metro "SESIAPA saja boleh bagi pandangan, untuk saya sebagai jurulatih tetap yakin skuad negara akan pergi jauh dan meningkat selepas ini" jelas ketua jurulatih Datuk K Rajagobal sebagai menjawab kritikan hebat selepas Harimau Malaya dibelasah 0-5 kepada Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat lalu.

Pada pandangan peribadi saya Rajagobal memang telah melakukan apa yang terbaik untuk skuad bolasepak negara dengan beberapa kemenangan dan kejayaan. Terima kasih yang tak terhingga kepada Datuk K Rajagobal. Akan tetapi saya berpendapat bahawa beliau hanya MAMPU mereka dan membentuk sebuah pasukan bolasepak yang hanya mampu bersaing dengan negara-negara jiran sahaja. Dan ini adalah kemampuan MAKSIMUM olehnya.

Banyak perlawanan telah berlalu tapi nyata dan sangat jelas Rajagobal tak mampu memperbaiki malah prestasi skuad anak buahnya semakin menurun. Dan ini disaksikan oleh berjuta peminat bolasepak. Beliau sering membuat kesilapan pemilihan barisan pemain. Kita masih mempunyai beberapa pemain senior yang mampu menggalas tugas di atas padang dengan baik. Tapi saya hairan kenapa Rajagobal tidak senaraikan. Atau mungkinkah barisan pemain juga dipolitikkan?

Jika Malaysia ingin pergi lebih jauh lagi sila tukar jurulatih yang layak untuk mencipta dan membina pasukan bolasepak yang lebih mantap. Para pemain juga harus punya inisiatif sendiri untuk pertingkatkan skil, fizikal dan mutu permainan dan anda boleh mencontohi Safi Salee.







2 comments:

SiamangBukit said...

Salam bro, Laksa Sarawak, amacam best tak?
Saya ingin taruh kuah sikit keatas artikel diatas. Pertama, bulan ini bulan Oktober bukan bulan November.
Dan lagi barisan pertahanan sudah acapkali terbukti bolos. Selagi kita tidak tampal dengan pemain yang sasah dan perkasa maka susah kita hendak saingi pemain2 dari negara seperti Australia.

zelmey said...

Salam ... laksa sarawak terbaek beb .. hoho

Gobal harus sedar akan tahap kemampuannya.