Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 27, 2011

Orang UMNO MESTI Ubah Perangai

Orang UMNO MESTI Ubah Perangai

Salam saudara pembaca. Tiba-tiba saya rasa meluat dengan sikap ramai pemimpin UMNO. Di mana apabila rakyat, atau ahli-ahli dari parti PR mengeluarkan sebarang kenyataan dan lontaran kata-kata diambil mudah dan remeh oleh ahli dan pemimpin UMNO.

Memang betul mana mungkin dapat dipuaskan semua orang. Akan tetapi setiap kritikan dan kenyataan mereka hendaklah diperhalusi dengan teliti dan dijawab atau dibidas dengan cukup toleransi dan profesional. Saya faham bukan senang nak melayan kerenah PR tapi apa daya kita kena banyak bersabar, Di dalam Alquran Allah ada berfirman "Aku tidak lupa untuk memberi GANJARAN kepada hamba2KU yang berbuat baik dan bersabar"

Bila tak sabar dan melenting melatah, tu yang jadi berbalas dengan kutuk-mengutuk. Sedangkan jelas dan nyata ia sekadar memperlihat sikap Orang UMNO yang tidak tenang dan tidak tunduk sebagai pemimpin. Buanglah sombong dan angkuh tu, barulah makin ramai orang akan suka dan mulai mencintai UMNO seperti dahulu kala. Ibarat resam padi, makin berisi makin tunduk.

Saya masih percaya ramai orang-orang Melayu di luar sana dah mula goyang dan juga keliru dengan pendirian parti PAS dan PKR yang jelas dan nyata banyak putar belitnya. Tapi orang-orang UMNO janganlah terikut-ikut rentak dan acahan mereka.

Gunakan kelemahan PR yang ada untuk memikat kembali hati orang-orang Melayu dan rakyat. Nak harap kaum Cina, sudah jelas dan nyata mereka dah tak nak sokong BN lagi, kalau ada pun hanya sikit-sikit atau kadang-kadang. Itu pun mereka-mereka yang banyak kenal sejarah. Kalau generasi baru ni tak keterlaluan saya katakan mungkin 80% atau lebih takkan undi BN.

Wahai orang-orang Melayu, tak usahlah berbalah sesama sendiri jika ini akan merugikan anak Bangsa kamu sendiri. Sedar dan insaflah.

Wahai pemimpin Melayu, berjuanglah dengan penuh keikhlasan dan selamilah betul-betul hati rakyat.

Moga Melayu terus bermaruah dan bermartabat di arus Melayu di dalam dilema.

Saya mohon maaf jika apa yang saya sampaikan di sini tiada kebenarannya. Ini berdasarkan dari banyak perbualan-perbualan saya sendiri dengan beberapa para pemimpin UMNO. Takkan tak betul lagi kot ! hehe

Melayu TERSEPIT, TERHIMPIT & DIREMPIT...
Reactions:

2 comments:

UncleSeekers said...

Salam Zelmey, memandangkan kebanyakan pemimpin tertinggi UMNO bukan 'ambil peduli' teguran dari rakyat, pengundi dan peringkat akar umbi maka kita pun pun ikut jejak member kita peduli apa yang kita nak tulis dlm 'http://aku-peduli-apa.blogspot.com/'

Macam kata ayahanda, kepala otak dia org cuma fikir camner nak samun sebyk mungkin dlm kerajaan.

zelmey said...

Tepat lagi jitu apa kata ayahanda.