Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 27, 2008

UMNO KAPAR

Assalamualaikum,
Saudara-saudara ku..
Kini kita telah sedia maklum, kawan-kawan sedang sibuk dengan persiapan pemilihan bahagian..
Kau orang bagaimana?
Terlibat sama atau sekadar melihat saja....?

Tak payah aku nak cerita panjang lebar..
Faham-fahamlah ..
Kini kita dah jadi pembangkang...
Jangan masih dibuai mimpi dalam buaian parti kerajaan BN yang dulu..

Tiap-tiap malam hulubalang dan pendekar dah mula berkumpul
Menyusun stratergi untuk menang
Menyusun stratergi untuk jadi pemimpin

Ingat ! kawan ku
Pastikan calon yang kau orang perjuangkan tu, calon yang benar-benar layak
Layak disarung dengan selendang pemimpin
Kalau ada mana-mana calon yang berhajat tu tiada kemampuan dan kaliber,
Lupakan saja lah ... beri peluang tu pada orang lain yang betul ..

Apa taknya...
Nanti bila dah menang tak boleh berkhidmat
Tak memberikan manafaat kepada ahli parti
Nanti orang marah, jangan buat pasal lagi
Parti sedang berombak, jangan diletak anak kapal yang tak boleh mendayung
Nanti karam....

Walau apa pun, aku percaya kau orang semua bijak dan boleh menilai...
Mana yang perlu kekal, kekalkan....
Yang perlu dikuis keluar, apa lagi... jangan bagi peluang
Singkirkan terus
Nak buat apa simpan kalau menjadi anai-anai dalam parti

Bertandinglah...
Berentaplah dengan semangat Melayu
Tanpa ada permusuhan dalam parti dan bangsa
Musuh dalam pertandingan tu biasa lah beb !!
Tapi jangan berpanjangan
Tak elok untuk UMNO dan MELAYU...

Aku akan sentiasa mendoakan
Sentiasa menyokong siapa saja yang jadi pemimpin aku
Tapi kali ni, buatlah yang lebih baik
Kita nak pastikan BN menang akan datang
Bukan peribadi yang menang.....

Kepada pemimpin-pemimpin ku
Kalau ada orang kritik tu biasalah ...
Mana ada ahli politik tak kena kritik ..
Kalau takut kena kritik, jangan jadi ahli politik
Kata-kata ni aku petik dari kata-kata bapak angkat aku, Pak Habib (Syed Hussien Alattas)

Ya Allah,
Kau kuatkanlah bangsa ku
Kau kuatkanlah UMNO
Kau satukanlah hati kami
Kau selamatkan bangsa ku
Amin yarobbalalamin...

Wassalam....
Reactions:

7 comments:

zelmey said...

betul tu bro...

Man Sg Pinang said...

Sekarang kita dah ada calon2 dan muka2 baru dan muka lama yang akan naik tahta...
Nampaknya mantap.. Moga UMNO Kapar menjadi lebih mantap.

Anonymous said...

Salam,

Setuju...kalian bertanding atas semangat Melayu dan UMNO. Lepas bertanding kita lupakan semua persaingan, kita gabungkan semua kekuatan demi UMNO Bahagian Kapar. Wassalam.

Jom join dalam www.bicarakapar2.wordpress.com

zailan said...

ape nak bersatu.. umno dah kalah.. buat lah macam orng kalah.. masa ada kuasa tak nak buat.. semua .. wooookeeeeyyyy bossss.. inilah masa nak memecah belahkan lagi umno.. sekarang baru nak pandang tukang sapu sampah (bukan Tawkey), ngait kelapa.. dulu jijik.. tukar aje pemimpin.. kalau tak langgar aje..

Hang Kasturi said...

Usah dipecah belah UMNO sdr zailan..

Kita jadikan musibah ini utk insaf dan bersatu..

Melayu akan lebih kuat bila bangsa ini bersatu jiwa dan jasad.

Anonymous said...

ko jangan banyak cerita zailan taik ko banyak kat kapar ni..kalau aku jumpa ko nahas ko nanti...baxx tul ko ni

Anonymous said...

Umno kapar.... tukarlah semua nya. Nak jawab hujah pembangkang pon tergagap. Ketua2 caw/ ketua pemuda bole jer kasik rahman menang, kasik faizal menang, kasik rosli menang, tapi orang yang buang undi time pilihanraya bole ker.