Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 27, 2008

Melayu















Bangsa ku..
Aku berbangsa Melayu ...
Engkau juga Melayu ..
Bapak aku Melayu ...
Bapak kau juga Melayu ...

Mak aku Melayu ..
Mak kau juga Melayu .....
Datuk dan nenek ku Melayu ...
Begitu juga datuk dan nenek kau ....

Tiap bangsa di bumi ini ingin bergelar Melayu ...
Hinggakan masuk Islam juga ada yang bilang masuk Melayu ..

Dulu Melayu hebat...
Bersemangat pendekar
Berani tempur
Tak takut mati ...
Demi tanah air dan bangsa

Kini ...
Melayu dicabar-cabar...
Diperlekeh dan dibuli

Mengapa ini harus terjadi?
Jangan hairan !!!
Melayu sendiri bercakaran sesama bangsanya
Melayu sendiri busuk hati dengan bangsanya sendiri
Melayu sendiri suka bunuh Melayu ...
Melayu sendiri tidak suka bersatu ...

Cakap saja lebih ...
Nak bersatu lah ..
Nak berhimpun dan berdamai lah ...
Tapi, didalam dadanya penuh dengan sarap yang busuk

Kau orang boleh fikir sendiri
Tanya pada diri sendiri
Tepuk dada sendiri
Tak payah la nak tipu diri sendiri ...

Perjuangan dalam parti untuk Melayu pun sudah cukup
Jelas, masing-masing nak mencipta musuh bangsa
Bunuh kerjaya
Bunuh hati
Bunuh jiwa
Bunuh ekonomi
Akhirnya Melayu sengsara
Orang lain gelak ketawa ....

Tuah kata, Tak kan Melayu hilang di dunia
Memang betul..
Tapi jiwa, pekerti, semangat bangsa Melayu telah mati

Engkau masih berkhayal lagi?
Guna pakai akal sendiri ...

Kalau sayangkan bangsa...
Bersihkan hati
Sucikan hati
Bantu bangsa sendiri
Jangan ada iri

Aku amat sedih melihat bangsa ku yang kian tersepit
Pemimpin bangsa ku kian tak dihormati

Bangsa ku
Aku menyeru dan merayu ...
Bersatulah demi bangsa mu
Bersatulah demi keturunan mu
Bersatulah demi moyang mu ..

Takkan Melayu hilang di dunia.............
Reactions:

5 comments:

zelmey said...

Moga dengan apa yang telah terjadi ini akan menguatkan penyatuan bangsa Melayu

Khairul Saimun said...

Salam Zelmey,

Kita mesti mengingatkan rakan-rakan...Melayu dalam bahaya sekarang, terutamanya Melayu yang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat. majlis Peguam juga sudah mula memandai-mandai menganjurkan forum mengenai kontrak sosial dan mula mempertikaikan hak-hak Melayu.

Melayu jangan lalai lagi, kita sedang terancam sekarang. Lupakanlah dendam kesumat sesama Melayu, bangkit dan bersatulah atas nama Melayu dengan melupakan kepentingan ideologi. Moga Allah merestui perjalanan dan perjuangan Islam dan Melayu. Wassalam.

Mas Ayu Kirana said...

Andai aku diberi pilihan...
antara rumah kayu dan satria idaman,
pasti ku pilih kedua-duanya sekali.

zelmey said...

Maka, satukan lah hati
Cintakan saudara2 yang bernama Melayu

tangkap gambar said...

kenak sgt dgn abg kat atas ni...