Followers
Friday, June 27, 2008
FAIZAL ABDULLAH BUKAN ANAK TEMPATAN ?
Baru-baru ni hangat diperkatakan tentang Faizal Abdullah..
Macam-macam cerita pasal mamat ni...
Yang terbaru
Orang pertikai dia ni bukan anak tempatan
Betul ke? Memang betul kot ...
Tapi yang aku heran ...
Kenapa waktu kau orang jumpa Faizal untuk minta pelbagai sumbangan, pertolongan dan tajaan, tak cakap pulak dia bukan anak tempatan.... ?
Ha !! jawab lah ...
Jangan butakan hati sendiri geng ....
Bila orang tu nak bertanding selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian, korang nak pertikai semua ni..
Come on lah brother .... itu bukan isu.. tapi itu alasan orang yang dah tak cukup modal ...
Bagi aku simple.. dia muda, berkarisma, mampu dan boleh memberi khidmat untuk UMNO..
Sokong je lah ...
Kau orang nak orang yang macam mana lagi? Nak orang yang tak boleh menyumbang ke?
Kang jadi macam kera sumbang pulak, langsung tak bercampur orang....
Sampai ahli-ahli pun tak kenal dia ..
Waktu ni kita ada beberapa calon yang bagus..
Antaranya Ghazali Md Amin, dia tu berjiwa pemimpin dan berjiwa rakyat.
Dengan jawatan dia sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Aku percaya dia mampu memberi sumbangan kepada UMNO Kapar....
Kalau kau orang tak sokong kedua-dua orang ini, rugi UMNO Kapar ..
Kau orang nak kata aku 'jack' dia.. katalah ...
Memang dia bos aku.. tapi aku juga boleh menilai siapa Ghazali...
Dengan sifat rendah dirinya serta semangat juangnya
Aku percaya dia mampu memberi perubahan kepada UMNO Kapar
Kata nak perubahan .....
Maka ubah saje lah !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Orang yang cakap macam tu tak dapat menilai dengan betul dan waras..
Nak buat apa fikirkan org yg macam tu.. Yang penting tugas beres...
Assalamualaikum,
Saya setuju dengan apa yang saudara tulis, isu anak tempatan. Semua itu hanya alasan orang takut bersaing dan tak cukup modal. Budaya totok yang dah tak boleh diubah. Lupakanlah budaya tu, usia UMNO dah 62 tahun. Yang penting bagi kita, kita perlukan pemimpin yang punyai aura, karisma dan kredibiliti untuk memimpin UMNO. Faizal muda, komited dan punyai pakej sebagai seorang pemimpin. Saya yakin gandingannya bersama Haji Ghazali mampu untuk membantu Dato’ Rahman mengembalikan kekuatan UMNO Bahagian Kapar.
Janganla buang masa sangat membangkitkan isu anak tempatan ini. Kalau nak pertikai fasal Faizal bukan anak tempatan, bukan sekarang tetapi sejak dulu lagi masa dia mula-mula masuk UMNO Kapar. Tapi kenapa sekarang…?. Bersainglah secara sihat, perwakilan tau siapa yang baik, siapa yang sekadar menumpang, siapa yang hipokrit dan berbagai lagi watak bila pemilihan semakin hampir.
Kadang-kadang ada baiknya kita contohi PAS, Salahuddin Ayub dan Nasharuddin Mat Isa bukan anak tempatan Kelantan pun, tetapi bertanding di Kelantan, menang besar lagi, kenapa…?, mereka menang kerana mereka antara pemimpin PAS yang punyai karisma dan kepimpinan yang baik, kerana itu mereka disokong untuk membawa cabaran dan survival PAS. Tapi kalau dalam UMNO/BN, silap-silap calon luar macam tu…boleh jadi mangsa sabotaj ahli sendiri.
Yang pasti, gandingan orang lama, muda dan baru jadi pilihan saya pada pemilihan kali ini di UMNO Kapar. Jangan lagi pandang belakang, Jalan terus Dato’ Rahman, Faizal dan Haji Ghazali. Kalian mampu menyumbang yang terbaik untuk UMNO Bahagian Kapar. Teruskan perjuangan kalian demi Islam dan Melayu. Hidup…UMNO…dulu, kini dan selamanya.
Hebat sangat ke orang yang mempertikai Hj Faizal tu?
Bagi saya Faizal telah membuktikan beliau berjuang dengan tulus ikhlas.
Banyak program di parlimen Kapar ini Faizal support.
Nilai la sendiri?
memang lah.. faizal pun bos aku gak.. sape2 pun boleh jadi pemimpin.. tenuk ke tapir ke.. alis siput babi pun boleh.. yg penting ia ahli umno.. itulah UMNO Kapar yeeeeeessssss booooosssss... jilat taik pun sodap
Prinsip dalam perjuangan -
Berbudi
Mengenang Budi
Membalas Budi
Hj Faizal merupakan insan yang ada 3 prinsip ini.
Sokonglah Hj Faizal demi kebaikan menyeluruh.
Faizal, orang yang meragut undi BN selat klang.
Post a Comment