Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 5, 2013

Pendaki Gunung Everest Malaysia Maut dan Seorang Kritikal

Pendaki Gunung Everest Malaysia Maut dan Seorang Kritikal

pendaki malaysia maut di everest 2013 pendaki malaysia shahrulnizam maut di gunung everest

Seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal akibat penyakit akut ketinggian (AMS) ketika mengikuti misi itu di Nepal menurut laporan yang disiarkan media.  Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari berusia 25 tahun yang merupakan Penolong Jurutera PPj manakala seorang lagi pendaki, Mohd. Yazrul Ekhzan Yahya dilaporkan dalam situasi kritikal Dalam pada itu, turut dilaporkan cuaca buruk di sana telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia itu.

Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei lalu, disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPJ.Menurut perkembangan semasa yang dilaporkan, sehingga kini pihak PPj belum dapat kepastian bila jenazah akan dapat dibawa keluar dari Phericihe ke Kathmandu.
Pun begitu usaha sedang dilakukan bagi memastikan jenazah dapat diterbangkan ke tanah air secepat mungkin.
Susulan kejadian itu, kesemua pendaki telah membatalkan rancangan ke kem pangkalan Gunung Everest dan kini berada di Lobuche, dalam keadaan stabil dan selamat.
Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang ke tanahair pada 10 Jun.

0 comments: