Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 29, 2013

Pengasas Arab-Malaysian Bank MATI Ditembak



Pengasas Arab-Malaysian Bank MATI Ditembak

ISNIN - Pengasas Arab-Malaysian Bank (kini lebih dikenali sebagai AmBank) Hussain Ahmad Najadi, 75 yang berbangsa Iran telah ditembak mati oleh penjenayah di sebuah kawasan tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Melalui gambar video litar tertutup suspek adalah seorang lelaki memakai baju petak berlengan panjang dan berseluar panjang 'khaki. Suspek juga didapati menggunakan sebuah teksi Proton Waja.

"Saya melihat seorang datang kearah mereka (mangsa), dan terdengar beberapa tembakan dilepaskan. Saya melarikan diri apabila suspek berlari kearah saya" kata seorang saksi yang tidak mahu namanya diwartakan.

Mangsa telah ditembak dibahagian belakang dan dada mati ditempat kejadian, manakala isterinya Cheong Mei Kuen, 49 hanya mengalami kecederaan dibahagian tangan.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes pembunuhan.
Reactions:

2 comments:

C++ said...

Bhai Zelmey...

Dengar citer mangsa baru kuar dari Tokong KuanYin... errr.... pelik aaa... dier Islam ker.... nama bini dier pon pelik gak... bini dier Islam ker???

zelmey said...

Tu yg sampai sekarang gua pikir tak dpt jawapan tu.. haha