Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 6, 2011

Hero "I am Malaysian"

Hero "I am Malaysian"

Mengikuti kisah seorang anak Melayu yang menjelajah 28 buah negara dengan menunggang motor "kapcai" Modenas. Beliau yang saya maksudkan adalah Abdul Hadi Hussein Alattas.



Saya sememangnya berasa amat kagum dan berbangga dengan kejayaannya, apa tidaknya dengan hanya motor kapcai dia sampai ke London.

Pengalamannya sempat Hadi berkongsi dengan saya. Hadi menempuh pelbagai halangan yang sukar seperti di padang pasir dengan suhu 62 darjah selsius dan kawasan bersalji dengan suhu tahap beku.

Ramai yang ternanti-nanti apakah rahsia beliau mampu bertahan sejauh ini. Bagaimana dia merentasi 28 buah negara yang diulit pelbagai fenomena.

Ikuti video beliau di Iran dan Nepal 'crossing'

http://www.youtube.com/watch?v=ESHJHNbPGsA&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=JqtiNkIxWSY&feature=related



Menurut beliau, Hadi telah menghabiskan wangnya sendiri berjumlah RM120,000 selama ekpidisi ini. Mana dia dapat duit setahun tak kerja? Kita nantikan jawapan darinya.

Sebaik sahaja beliau tiba di tanah air, beliau sering dikunjungi oleh pihak media untuk mendapat pelbagai ulasan dan cerita mengenai ekpidisi beliau. Termasuk media elektronik dan media cetak.

Hadi juga dikhabarkan akan teruskan ekpidisi yang akan datang iaitu "Trans Borneo" di mana beliau akan menunggang sekali lagi mengelilingi kepulauan Borneo.

Bayangkan anda menunggang secara solo dengan motor kapcai dari Kuala Lumpur ke Bangkok dengan laluan gelap sendirian diwaktu malam? Apa macam ... ada berani ka?

Seharusnya kita berbangga dengan kejayaan beliau dan kita teruskan mengikuti 'update' dari beliau di blognya http://iamalaysian.com

Untuk mengetahui segala cerita lanjut dan video Hadi sila ke blog yang saya paparkan di atas.

Terus Maju dan Tercapai Hasrat.

I am Malaysian, 1 Malaysia
Reactions:

1 comments:

Anonymous said...

Orang malaysia ya? pantes jelek