Calon-Calon Pilihanku
PEMILIHAN DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO pada kali ini nampak lebih meriah dan berdaya saing. Keterbukaan dengan konsep kebebasan bersuara dan menjadi pemimpin adalah amalan dan budaya UMNO. Kematangan kini nampak lebih sopan dan bergaya. Syabas UMNO ..
Foto-foto di bawah yang aku paparkan merupakan para pemimpin yang aku suka sahaja untuk aku promote. Yang takda gambar tu jangan marah ya .... Tahniah saya ucapkan kepada Yang Bhg Dato' Hj Abdul Rahman bin Hj Palil, bekas Ketua UMNO Bahagian Kapar (bekas KB aku daaaa) yang telah menawarkan diri sebagai Calon Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia. Bos memang layak untuk menawarkan diri, berkebolehan, berkemampuan yang paling penting, besar pengalaman untuk menggalas jawatan ini. Semoga mendapat kemenangan. Syabas sekali lagi Dato' yang telah memberi laluan kepada para pelapis yang selama ini Dato' Rahman telah lahirkan di UMNO Bahagian Kapar untuk menggalas jawatan Ketua UMNO Bahagian. Satu sikap matang yang terpuji dan harus dicontohi oleh para pemimpin UMNO.
Zahid Hamidi kini amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang berani dan amat tegas. Semenjak menjadi Menteri di KDN ini, barulah nampak fungsi KDN dan kuasa KDN. Syabas Dato', semoga para perwakilan mampu menilai dengan begitu baik.
Mukhriz Mahathir pula calon yang boleh dianggap 'favorite' untuk menang. Walaubagaimana pun ramalan saya Mukhriz akan menjadi TOP 2 selepas Zahid dan Shafie Apdal TOP 3. Mukhriz sememangnya harus menjadi Naib Presiden kerana dengan gabungan anak muda dan senior, ia mengimbangi UMNO khasnya.
UMNO perlukan sokongan rakyat Sabah, khususnya untuk kekuatan parti Barisan Nasional. Jadi calon ini sudah pasti akan diberi sokongan yang padu.
Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Razali Husain bakal meniup angin baru kepada UMNO bahawa calon rakyat marhaen yang juga Ketua UMNO Cawangan di salah satu cawangan di Bukit Antarabangsa, Ampang ini berpeluang untuk menang. Harapan beliau adalah untuk memberikan kerjasama dan memperkukuhkan UMNO di kalangan ahli-ahlinya dari peringkat tertinggi hingga yang terendah. Selain itu juga beliau bertekad untuk memperkasakan UMNO dari setiap sudut.
Biar ramai orang dan banyak mulut kata buruk tentang Khairi Jamaludin, tetapi bagi aku, KJ merupakan hadiah istimewa kepada UMNO. Beliau memiliki idea, cara, inovatif, kreatif, berani dan pintar dari banyak aspek sehinggakan nama KJ boleh menjadi masalah kepada parti Pakatan Rakyat. "Humble, Low Profile and Friendly" adalah cara pembawakan Khairi yang para Pemuda dan Belia dahagakan. Teruskan perjuangan dan Khairi Jamaludin tiada sebab untuk dikalahkan, melainkan ada pencabar yang lebih baik dari beliau.
Selamat Bersidang, Selamat Berhimpun dan Selamat Dunia Akhirat.
0 comments:
Post a Comment