Majalah MASTIKA vs Majalah JUWIE
Majlis Pelancaran Majalah Juwie oleh Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli Ngah Talib, disaksikan oleh Tan Sri Zainudin Maidin, Tan Sri FD Mansor, Dato' Raja Ahmad Niza di Hotel PJ Hilton.
Tahniah kepada barisan Tulang Belakang Majalah Juwie. Tan Sri Zainuddin Maidin (Penasihat), Dato' Raja Ahmad Niza (Ketua Pengarang), En Munir Ghazali (Pengarang) dan En Kenny Yang (Ketua Pegawai Eksekutif)
Majalah Mastika yang satu ketika dahulu pernah mencecah 300,000 naskah sebulan di mana insan yang bertanggung-jawab meletopkan majalah Mastika di tanah air adalah pengarang tersohor En Munir Ghazali. Sebut sahaja Mastika, siapa yang tidak tahu. Sampai di mana-mana kedai buku dan kedai mamak pasti terlihat majalah ini tergantung. Kalau di rumah Uncleseekers sememangnya tak pernah putus stok majalah mastika. Kalau tak percaya pergi ke rumahnya, pasti terlihat bersusun di dalam tandas. Ya, di dalam tandas. Ia menjadi bahan bacaan ketika mereka di dalam rumah sedang termenung.
Begitu juga dengan akhbar Mingguan Malaysia yang sering menjadi tumpuan pembaca di pasaran dan sehingga hari ini ia masih lagi utuh di mata hati pembaca. Itu lah juga sentuhan dari Penolong Pengarang Dato' Raja Ahmad Niza pada ketika itu. Akhbar ekslusif mingguan ini merupakan akhbar yang boleh dikatakan hampir setiap rakyat di Malaysia ada membacanya. Tidak kiralah sama ada mereka membelinya sendiri atau pun membaca dari orang lain.
Kini Dato' Raja Ahmad Niza juga telah bersama dengan Majalah Juwie bagi memantapkan lagi hasil karya penulisan dan yang pasti akan memikat selera pembaca tanah air. Sesuai dengan slogannya "Majalah Dalam Kelas Tersendiri"
Majalah Juwie yang tampil dengan keunikan tersendiri sudah pasti membuat pembacanya ketagih untuk mendapatkan naskah berikutnya di bulan hadapan. Keluaran sulong Majalah Juwie adalah bulan Julai 2013 dan telah berjaya diedarka di seluruh semenanjung. Anda boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM4.00 senaskah. Bukan sahaja anda boleh beli di kedai-kedai, tetapi Majalah Juwie ini akan dijual di pasaran menerusi online e-Magazine oleh syarikat bersekutunya BOB2e.com (BYG Worldwide Berhad).
Antara tajuk yang anda mesti baca untuk keluaran bulan September adalah: Pedang yang bunuh JW Birch ada di tangan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Cinta Lombok, pelbagai kisah misteri dan kisah-kisah masyarakat dan silam yang pasti anda akan 'kemut' (istilah bagi kedekut) majalah ini tak mahu bagi orang lain baca kerana takut tak pulang.
Nampaknya Juwie benar-benar mencabar Mastika. Tetapi ini merupakan persaingan sihat yang positif. Saya percaya Mastika pasti akan menambah lagi nilai-nilainya dari segala aspek bagi memastikan tidak kecundang ke tangan Juwie.
Saya sebagai pembaca Mastika, kini sudah mula teruja dengan Juwie. Apa ke tidaknya, pengarang otai Majalah Mastika kini sudah mengarang di Majalah Juwie. Saya boleh ibaratkan begini, kita dulu suka makan di sebuah restoran dan ramai pelanggan makan di restoran itu kerana masakannya sangat sedap. Tiba-tiba di suatu hari masakkannya dah berubah rasa, pelanggan mulai berkurangan. Di suatu hari pula, kita singgah makan di restoran yang baharu, lalu kita dapati rasa masakkan dan resepinya sama macam restoran yang dahulu. Apabila ditanya rupanya Chef di restoran yang dahulu dah memasak di restoran yang baharu itu. Maka itulah Juwie, ibarat restoran yang baru dari chef yang lama.
Saya mendoakan semoga majalah Juwie akan berjaya dan unggul di pasaran.
Syabas!
0 comments:
Post a Comment