Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 14, 2013

Penceroboh! Pengganas! dan Pembunuh!

Penceroboh! Pengganas! dan Pembunuh!



Jika ini merupakan cara militan Sulu masuk ke Sabah adakah mereka ini tidak layak dianggap pengganas?

10 orang anggota keselamatan mereka dah bunuh, cungkil mata, potong-potong mayat anggota keselamatan kita, penggal kepala, adakah tidak boleh ktia kata mereka ini pembunuh kejam?

Menjadikan orang kampung sebagai tebusan dan memukul mereka, tidak patut kah kita menganggap mereka ini PENGGANAS YANG KEJAM yang memang WAJIB dibunuh?

Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia sendiri yang tidak sudi mendoakan kesejahteraan anggota keselamatan kita ini, bahkan tergamak kata mereka ini alat bagi sandiwara politik?  Manusia jika dah benci, apa sahaja yang berlaku pasti ada kata alasannya.  Usah keterlaluan, kerana jika tanpa mereka ini negara ktia bila-bila akan diceroboh dan dimusnahkan oleh anasir luar.

Mereka tiada perasaan kerana bukan ahli keluarga mereka yang bertugas dan bukan juga ahli keluarga mereka yang terkorban.

Hati mereka ini semua sama sahaja seperti hati Tian Chua.

Pada bicara Astro Awani bersama bekas Komando vat 69, beliau melahirkan rasa kecewa dan amat marah kepada Tian Chua.  Hingga terpacul kata dari mulut beliau "mereka tak rasa dan tak faham sebab bukan bangsa mereka yang berjuang menggadai nyawa".

Selamat Berfikir ! .... Benci benci juga... tapi akai mau pakai sikit lah ....

Moga pahlawan kita semua yang berjuang membela nasib bangsa dan tanah air dilindungi Allah.


IKLAN:


KOPI YANG LUAR BIASA, BERTENAGA DAN MENGAUM ...

0 comments: