Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 30, 2013

Calon Tua vs Calon Muda

Calon Tua vs Calon Muda


Lama tak menulis blog gara-gara sibuk sangat dengan bisnes aku.  Tiba-tiba aku terfikir satu hal tentang para pemimpin peringkat tertinggi parti.  Tak kiralah apa parti pun.  Kalau kita intai semula senario politik dan kepimpinan pada tahun 80'an zaman Dr Mahathir dulu, rata-rata pemimpin tertinggi berusia muda.  Contoh, umur Najib Razak ketika menjadi MB Pahang sangat muda, MB Kedah juga muda, MB Negeri Sembilan juga muda.  Lazimnya orang muda atau golongan belia mudah mendekati belia (Generasi Y) dan orang yang dah tua (nak masuk 60 tahun atau 60'an) hanya mendekati pemimpin yang tertinggi sahaja.  Orang mudah payah nak dekati mereka kerana faktor cara berfikir dan cara bergaul.  

Itu sebab otai UMNO geli dengan Khairi Jamaludin KP UMNO sebab depa rimas dengan cara bekerja orang muda yang agak menonjol dan brutal.  Mula lah sang otai ni kata KJ itu lah ini lah ... padahal si otai ni takut dengan bayang-bayang sendiri.  "Manusia sering bermusuh dengan bayang-bayang atau benda yang mereka sendiri tidak pasti".  Itu sebab golongan ini gelabah beruk tak tentu hala.

Tenaga golongan mana yang lebih banyak dan kuat jika nak dibandingkan orang yang berusia 30'an, 40'an atau pun dah nak masuk 60'an atau pun dah memang terlajak dari 60'an?  Lu orang semua boleh fikir kan !

Itu sebab dulu parti tertentu khususnya UMNO sangat kuat.  Kerana barisan ketua atau khalifahnya Muda dan Bertenaga.  Hari ini otai-otai UMNO bontot dah melekat di kerusi empuk yang mereka duduk dah lama berpuluh tahun.  Berat nak tukarkan kepada si bontot muda.

Kalau orang Muda hari ini mereka dah tentu-tentu berjuang untuk memberi perkhidmatan jangka panjang demi kepentingan seluruh rakyat atau pengundinya.  Kalau calon PRU akan datang ini diletakkan orang-orang yang kubur dah kata mari, rumah kata pi lah hang ! ... memanglah nak khidmat untuk 'last kopek' dan dah tentu-tentu nak kasi penuh kantong sendiri dan selesai hutang lama ... Ada betul ka?

Salah satu lagi faktor kenapa tahun-tahun lalu kerap berlaku Pilihanraya Kecil adalah daripada punca yang sama, iaitu meletakkan calon tua bangka masa PRU yang lepas.  Rata-rata kan dah macam-macam sakit ada dalam tubuh badan.  Itu yang jadi ADUN atau Ahli Parlimen sekejap je dah padam.. Tak pasal-pasal kena bazir lagi duit untuk Pilihanraya Kecil.

Aku nak tengok muka-muka calon PRU13 nanti siapa yang diletakkan untuk bertanding, samaada Khalifah Muda yang sihat bertenaga ataupun si tua bangka yang dah lembik dan lemah tenaga zahir dan batin.



Apa macam, ada betoi ka apa yang gua cakap ?  



0 comments: