Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan dan Syaitan

Ramadhan dan Syaitan

Pada setiap bulan Ramadhan, di seluruh Malaysia Allah limpahi rezekiNya. Terutama kepada golongan peniaga juadah berbuka puasa dan peniaga pakaian untuk menyambut Hari Raya.


Ini amatlah bagus kepada umat Islam yang mencari rezeki bertungkus lumus dan memang mereka berhak kerana mereka berusaha.


Di hotel juga tidak kurang, kesempatan ini diambil untuk meraih keuntungan dan bisnes mereka selalunya pada bulan Ramadhan berlipat kali ganda. Dengan pelbagai tawaran buffet ramadhan baik dari pelanggan individu mahupun syarikat.


Ini satu keuntungan yang paling lumayan dengan harga seorang daripada RM40.00 - RM149.00

Apa yang penting sekali jangan sampai jadi perangai syaitan yang suka membazir makanan dan wang ringgit tanpa dimanafaat dengan betul. Pembaziran ini adalah satu azab dan binasa yang mungkin kita tidak nampak. Tetapi jika kita berjimat cermat dan beli mana yang perlu pasti Hari Raya bertambah bererti dengan lebihan bajet hasil dari penjimatan di bulan Ramadhan.

Melihat foto lagi satu pasti kita punya rasa yang sedih dan pilu dengan nasib budak miskin ini. Kepada yang kaya raya, ingatlah ... bahawa ada insan lain yang berlapar dan terpaksa makan sisa-sisa anda.

Tundukkan hati dan tambahkan sifat pengasih dan pemurah di bulan mulia ini. Pasti rezeki berganda kerana itu janji Allah yang tertulis di dalam alQuran.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh Hemah dan Berkat.
























0 comments: