Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 23, 2012

Orang Kaya UMNO vs Anak Yatim?

Orang Kaya UMNO vs Anak Yatim?

Terbaca artikel kawan aku salah seorang blogger yang dah pun ternobat sebagai blogger no 1 Pro BN yang menewaskan Papagomo minggu lalu mengenai majlis berbuka puasa bersama anak yatim. Tapi blogger ini telah membuat pengisthiaran bahawa tidak lagi menjadi blogger pro BN, mesti bersebab ! dan menyerahkan tahta blogger no 1 Malaysia pro BN kepada Papagomo semula secara sukarela dan relahati .. Ambik la ko balik gomo.

Ni dia di bawah al kisah yang nak aku cuitkan ...

Program Nur Rahadhan dan Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad bin Maslan bersama meraikan 100 orang anak yatim dari Rumah Amal Belaian Kasih Hulu Klang, Rumah Anak Miskin Syifa dan Rumah Anak Yatim Al-Nasuha. - Lensaloka

Blog Lensaloka tak muat naik foto VIP makan di meja dan kerusi empuk sebab dia dapat merasakan tak betulnya cara mereka. Tetapi sebaliknya muatkan foto penganjur duduk bersama anak-anak yatim di atas lantai. Nak buat macam mana beb ... blog dia ada logo UMNO .. Sendiri mau ingat lah !


Akan tetapi di blog APA foto the double standard berlaku

Yang diraikan dok atas lantai macam pokemon... tetamu yang bukan diraikan pulak yang dok atas kerusi. Kalau korang anak yatim mesti terasa kan?


Mereka diraikan akan tetapi seakan dihina dengan cara yang mereka tidak sedar. Apalah bezanya manusia yang bergelar anak yatim dengan VIP? Bukan tak bersyukur atas majlis yang dibuat, tetapi caranya SALAH ! .. faham tak SALAH !

Al-Quran:
4:10. Orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan kezaliman, hanyalah memakan Api di dalam perut mereka, dan sungguh, akan dipanggang di dalam yang Menyala.

6:152. Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itulah yang Dia mewasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat.

17:34. Dan janganlah mendekati harta anak yatim melainkan dengan cara yang paling baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah perjanjian; sesungguhnya perjanjian ditanya.

Ayat-ayat Allah dari al-Quran di atas bukanlah menyamai apa yang dilakukan oleh penganjur majlis bahawa mereka makan harta anak yatim. Tetapi aku nak menekankan bagaimana Allah memuliakan anak-anak yatim dan Allah mengajak kita memelihara anak yatim.

Aku sekadar meluah dan menyampai rasa dari isi hati aku, apa pun pandangan anda semua terpulang dan suka hati lah ..... Tapi serius aku memang rasa geram dengan double standard yang dilakukan. Niat dan melakukan majlis meraikan anak yatim amatlah baik, tapi kerana meletakkan anak yatim di lantai dah cukup menjelaskan bagaimana anak yatim dimuliakan dan dirai. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Mulut tempayan yang besar lagikan payah nak ditutup inikan mulut manusia. Bagi aku antara cara untuk memperbetulkan SILAP BESAR ini hanya dengan cara memohon maaf atas kecuaian yang terjadi. AKU MEMANG PANTANG ANAK YATIM DIBUAT MACAM NI !!!!!

Semoga ia menjadi peringatan dan pengajaran kepada mereka yang lain yang bakal mengadakan majlis seumpama ini.

Kalau nak buat, buat macam foto-foto di bawah ni, kalau tak jangan.




Selamat Berpuasa.

Majulah Sukan Untuk Negara ... Apa pandangan anda ?

2 comments:

Anonymous said...

bhai, US da keluar lokap, tapi masih tak update ape2....mau berehat ke sudah serender?


jibauk

zelmey said...

Biar la dia berehat dan santai with family dulu ... :)