Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 14, 2012

Benarkah Dato' Rahman Palil Sombong dan Angkuh?

Benarkah Dato' Rahman Palil Sombong dan Angkuh?

Zelmey, Dato' Rahman Palil & Uncleseekers

12 April 2012 (1130pm - 0330am), Lodge Paradise Kuala Lumpur.  Pertemuan yang amat-amat aku nantikan dan akhirnya berlaku jua haha, apabila aku bertemu dengan Rahman Palil yang diiringi wakil peribadinya Norizan (Adik).  Hadir bersamaku Uncleseekers & Buah hatinya.  

Empat jam bersama, banyak yang Uncleseekers sampaikan, biasalah Uncleseekers, mulut takde insuran, dia  cakap ikut  sesedap rasa ajinomoto dia.  Macam harem jadah! Pokemon haha.  Agak-agak la bang oi cakap dengan orang tu.  Tapi Dato'  Rahman ni relax je  dan terimanya dengan tenang. Bila giliran Dato' Rahman mengulas, baru aku tahu cerita sebenarnya dan rupanya dalam hati Dato' Rahman ada banyak kebaikan.    

Panjang cerita kalau nak ditulis apa yang berlaku selama empat jam beb. Tapi wa caya sama lu lah Dato' Rahman.   Syabas! Dato' kerana terima segala teguran dengan penuh hemah dan profesional.  Tentang apa yang aku bicarakan pada Dato' Rahman tak perlulah nak aku bebelkan kat sini.  Bagi aku, dah berdamai dan 'closed deal'.  Sekarang kita kawan, tak mau lawan-lawan.  Amacam! korang mesti menyampah dengan statement aku ni kan .... hehehe ... Aku peduli ape ... Beb ... Dato' Rahman ni sebenarnya baik, percaya lah cakap aku.  Cuma mungkin kalau masuk salah kod tu yang gitar bunyi sumbang. 

Dato' kata "banyak yang kita sama-sama pelajari pada malam ni".  Aku akui aku juga  ada belajar beberapa perkara dari Dato'.  Ini macam la... baru real leader katakan.  Aku percaya,  Ketua UMNO Bahagian Kapar ni akan buat yang lebih baik selepas ini demi parti.  Kepada rakan-rakan seperjuangannya, di penghujung-penghujung perkhidmatan Dato' Rahman berilah peluang untuk dia laksanakan tanggung-jawabnya.  Kalau ada sesiapa yang ada rasa tak puas hati dengannya, jumpalah dan bersemuka dengan Dato' Rahman.  Sure dia akan jadi pendengar yang baik. 'Cool & peace'.  Aku berani jamin beb ... 

Sebagai rakyat dan ahli parti serta blogger, kewajipan aku adalah menegur dan kalau lain kali jika ada apa-apa yang Dato' buat silap saya tegur Dato' tak marah kan?  Dan kalau saya tak betul tegur juga lah.  Door is open already lah !

Terima kasih saya ucapkan pada Dato' Rahman kerana sudi duduk semeja dan belanja makan.. Sodap ... Terima kasih pada Abg Adik (Wakil peribadi beliau) yang berusaha ke arah kebaikan ini.  Terima kasih my brother Uncleseekers sanggup susah payah turun dari Janda Baik, terima kasih juga daling uncleseekers   join sama. 

Semoga Allah berkati niat yang ikhlas ini dan semoga Dato' sihat sejahtera.  Ku pohon juga kepada Allah agar beri kesejahteraan kepada semua rakan-rakan seperjuangan UMNO Kapar, beri kedaimaian, kemenangan serta limpahkanlah rezeki kepada kawan-kawan aku semua.



TUTUP KEDAI ... 











0 comments: