Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 7, 2014

Serdang: “Saya berjalan hampir dua kilometer dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan selepas ditembak.
"Ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan isteri yang dilarikan penjenayah terbabit bersama kereta,” kata Nazaruddin Mat Ali@Ibrahim, 35.
FotoDia dan isteri menjadi mangsa samun langgar lari dua lelaki dan ditembak dari jarak dekat apabila cuba melawan penyamun terbabit ketika melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala Kajang, dekat sini, jam 12.15 tengah malam kelmarin.

Suspek dipercayai berusia 20-an bukan saja melarikan Honda Accord berwarna emas milik Nazaruddin, malah menculik isterinya, Alawiyah Harun, 36, yang berada dalam kenderaan itu sebelum memecut laju dari tempat kejadian.



Foto
KERETA milik mangsa yang ditemui semula.

Bagaimanapun, wanita terbabit terselamat dan tidak dicederakan walaupun dilarikan suspek kira-kira 12 kilometer sebelum dibebaskan selepas penjenayah merampas barang kemas, telefon bimbit dan wang tunai serta meninggalkannya di tepi jalan di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

0 comments: