Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 7, 2014

Menyingkir Lebihan Lemak

Menyingkir Lebihan Lemak



BAGI Intan Sulyana Mohd Yusof, 34, dirinya bukanlah terlalu gemuk. Tapi biasalah, seperti wanita lain, kecantikan tidak dapat dipisahkan daripada hidupnya.
Walaupun dia cuma memiliki berat badan 53 kilogram, hajat dan hasrat untuk tampak lebih langsing sentiasa ada dalam dirinya.

"Bukan apa, untuk suami juga, " katanya tersipu-sipu.
Dia sedar lemak pada bahagian perut dan lengan kian menebal. Dia juga tahu, kalau dibiarkan, ketebalannya bukan mustahil akan meningkat dan ketika itu tentu sukar untuk dilupuskan.
Pelbagai cara digunakan, termasuk senaman. Namun keadaan tidak banyak berubah.
Untuk mengambil pil-pil pelangsing yang begitu banyak diiklankan, Intan cukup takut.
Dia cukup berhati-hati dalam hal ini. Intan mahu kelihatan cantik, tetapi enggan mengambil risiko kerana harga kesihatan bukannya murah!
Melalui pembacaannya, ramai doktor atau pakar kecantikan serta mereka yang pakar dalam bidang pemakanan mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pil pelangsing.
Intan cukup takut dengan kesan sampingannya walaupun mahu mengekalkan kecantikan anugerah Tuhan itu kepadanya.

Setelah lama mencari produk yang sesuai, , akhirnya dia diperkenalkan dengan L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum, keluaran Bob2e.com yang berasaskan stem sel epal, tanpa ada sebarang campuran haiwan.
L'AROME bukan untuk diminum, ia hanya untuk kegunaan luar. Itu yang menarik Intan untuk menggunakannya.
"Setelah membaca dengan teliti isi kandungannya, saya cuba produk ini," katanya ringkas.

Jelasnya lagi, dia mengamalkan suplemen ini mengikut aturan.
"Ambil dua tiga titik ke atas telapak tangan, sapu pada bahagian perut beberapa minit. Lakukan dua kali sehari, selepas mandi pagi dan sebelum tidur. Boleh disapu pada mana-mana bahagian tubuh yang dirasakan banyak lemak," jelas Intan lagi.

Menurutnya, sebaik habis menggunakannya, dia mengalami kejutan apabila berat badannya menurun 5 kilogram, menjadi hanya 48 kilogram.
Intan yang terlalu gembira dengan apa yang dialaminya itu, memberitahu rakan-rakannya bahawa dia menggunakan produk ini.
Akhirnya, seratus peratus rakan-rakannya yang lain turut menggunakan produk L'AROME ini turut mendapat keputusan positif.
Berat badan menurun akibat lemak pada tubuh badan lenyap.

Lengan pula bertambah cekang kerana lemak yang selama ini mendiamkan diri di bawah lapisan kulit cair menjadi peluh. Intan tidak mengambil masa lama untuk menjadi pengedar produk ini.
Kini Intan bukan setakat menjadi pengguna tetapi pengedar yang secara langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarganya.

"Semua wanita yang menggunakan produk ini tanpa merasa ragu kerana ia hanya untuk kegunaan luar, pasti tidak ada sebarang kesan sampingan," kata Intan lagi yang kini sibuk mempromosikan L'AROME Apple Stem Cell ke mana sahaja dia pergi.
Dia tidak takut atau merasa bersalah kerana produk ini seratus peratus HALAL kerana ia berasaskan stem sel epal yang digandingkan dengan tumbuhan lain.
Stem sel epalDalam pada itu, pengguna harus tahu bahawa stem sel epal ini bukan diperolehi daripada epal biasa yang banyak dijual di pasar raya. Stem ini diasaskan oleh Dr. Fred Zulli, saintis tersohor Barat menggunakan sejenis epal liar yang hanya terdapat di hutan-hutan Switzerland sahaja. Rasanya pahit dan tiada siapa yang mahu memakannya.

Dr. Fred Zulli melihat ada keganjilan pada epal liar ini kerana sekalipun terbiar di bawah pokoknya selepas luruh, selama tiga bulan, ia tidak kecut atau rosak.
Ia masih dalam keadaan segar kerana stem selnya yang unik dan dapat mengekalkan keadaan asalnya walau lama terbiar.


Setelah membuat uji kaji di makmal miliknya di Buch, 50 meter dari Zurich, terhasillah produk L'AROME.
"Kerana itulah saya dapat meyakinkan pengguna bahawa produk ini halal seratus peratus dan boleh menggunakannya tanpa was-was," tambah intan.

Untuk keterangan lanjut sila klik sini 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20131215/kn_02/Menyingkir-lebihan-lemak#ixzz2pgChdm7G 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comments:

Unknown said...

If you're looking to lose weight then you absolutely need to jump on this brand new personalized keto plan.

To create this keto diet service, certified nutritionists, fitness couches, and top chefs have joined together to develop keto meal plans that are efficient, convenient, economically-efficient, and delicious.

Since their first launch in 2019, thousands of people have already completely transformed their body and health with the benefits a professional keto plan can give.

Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-tested ones given by the keto plan.