Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 13, 2013

Khairi Jamaluddin Memang Wajar Jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Khairi Jamaluddin Memang Wajar Jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



Kalau nak jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memang kena tegas, berani, lantang, gagah, bijak, pintar, tak takut dengan apa-apa, disukai angkatan Pemuda seluruh negara dan 'friendly'.  Dari dulu lagi aku perhatikan KJ yang dibenci oleh ramai otai UMNO.  KJ dituduh dan ditomah dengan perbagai tuduhan, termasuklah ada yang kata dia ni agen Amerika, agen Anwar, ada muslihat di sebalik rencana bersama UMNO dan macam-macam lagi.  Ya lah, takkan nak KP UMNO pondan pulak.  Cuba bezakan antara KJ dengan Hishamudin dulu, kan terlalu banyak bezanya.

Si mamat-mamat otai dalam UMNO memang rasa tak senang hati dan macam duduk dalam kuali panas bila tengok populariti KJ.  Tu sebab depa mengelabah puyuh.  

Walaupun KJ tak kenai aku, tapi aku suka dia.  KJ sangat berilmu dan bijak bila mengendalikan apa jua perkara dan isu, termasuklah debat sewaktu dengan Ambiga dan Rafizi yang lalu.

Undi hampir semua bahagian dan akar umbi membuktikan KJ disukai dan disenangi warga Pemuda.  Kalau sang otai UMNO tak suka, jawapannya senang, pigi jalan daaaaaa..... Lu dah tua tu buat cara tua, jangan nak dok sibuk bikin onar dan fitnah Pemuda yang ibarat PERMATA yang HILANG kini MUNCUL kembali.

Memang depa suka budak Pemuda baru yang dungu.  Kerana itulah UMNO jadi LEMAH dan LONGLAI. Kini nafas UMNO kian lancar.  Moga terus gemilang dan perkasa.

Selamat Berhimpun, Selamat Memikul tanggung jawab kepada yang menang.  Yang kalah jangan nak tunjuk boikot, tolong jadi matang dan ikhlas serta jujur kepada parti.  Kalau tak suka, PAS, PKR dan DAP sentiasa terbuka nak terima LOSER.




0 comments: