Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 16, 2012

PAS vs DAP

PAS vs DAP


Hai ya ... apa sula jadi wooo ?  Sikalang ini DAP sula manyia lebey wooo .. kilusi lagi mau tambah ... "ISLAM" PAS lagi mau tentang ... Manyia kisian sama ini PAS... 


Ini Karpal akan tentang habis-habisan hudud.  Pok Nik sebagai pemimpin ulung PAS jika seorang yang brillion seharusnya boleh membaca suasana dan senario politik serta keperluan parti dan rakyat untuk puluhan tahun jauh di hadapan.  Setiap pemimpin mesti mempunyai otak dan akal yang cerdik yang tiada tolok bandingnya.  Tetapi jika hanya pandang jangka masa atau tempoh singkat, itu yang prinsip serta pegangan fahaman politik boleh berubah-ubah.

Secara peribadi, saya rasa kesian dengan PAS yang buta hati tidak nampak percaturan dan permainan jangka panjang DAP.  Saya tidak salahkan DAP, tetapi saya menyalahkan pemimpin PAS yang singkat akal dan tiada prinsip yang teguh.



Anwar Ibrahim diperlukan kerana tiada pegangan hudud sebaliknya memang boleh digunakan untuk kekuatan DAP secara amnya.  Akan tetapi adakah MELAYU PKR nampak? atau dah nampak tapi buat-buat tak nampak kerana benci UMNO dan EGO?


Wa caya sama lu PAS .. lulu lu olang kata UMNO "K..F.R" sikalang apa sula jadi?  Kanak-kanak suci sula bole pegang bendela K..F.R ... Lu olang talak malu ka?


Wahai PAS yang mulia (konon-konon), dengan UMNO atau BN dulu pernah kerjasama dan mendapat keuntungan pun lu boleh keluar kerana hal-hal tertentu, lu olang rasa dengan DAP boleh tahan lama ka?

Ketahuilah dari dulu perjuangan kamu amat menggelikan .. Cakap tak serupa bikin .... Para pemimpin utama PAS pun macam-macam hal dah jadi ... khalwat lah ... skandal dengan bini orang lah ... dan macam-macam lah ... Ingat lah ! Satu JARI kita tuding ke arah orang lain, 4 JARI menuding diri sendiri.

Bila bercakap tentang ISLAM di Malaysia secara automatik kita bercakap tentang MELAYU.  Setuju tak?

Oleh itu jangan mendoakan bangsa sendiri yang tidak baik kerana itu perbuatan yang sangat keji.  Bukannya bangsa yang didoakan itu tidak ada jasa pada rakyat dan negara.  Tidak kira bangsa Melayu atau ISLAM, bangsa dan agama lain pun dia telah berbakti.  Kenapa ia dinafikan?  Jangan sampai kufur nikmat dan tidak bersyukur serta berterima kasih.  Satu hari nanti akan dapat kehancuran yang menakutkan.

PERCAYALAH ! ... ISLAM dan MELAYU terdapat dalam roh UMNO dan PAS.  Jika ia dikahwinkan maka ia ibarat Tsunami dan bencana besar kepada DAP.  Kerana DAP akan kerugian sebaliknya MELAYU dan ISLAM akan mendapat KEUNTUNGAN.  Tak percaya pi lah jumpa Najib.  Tapi sayang sekali PAS sering kata UMNO tak mahu kerjasama dengan PAS atau pun sebenarnya PAS yang tak sudi bersama UMNO.  Janganlah asik nak fikir soal HUDUD saja, ISLAM itu LUAS.  Kalau nak HUDUD pun dengan DAP dah jelas tak bole ngam dan dengan UMNO juga aku percaya tak boleh ngam.  Setidaknya hala tuju dan perjuangan ISLAM dan INSANIAH kedua-duanya sama.

Bercakap soal syiar Islam, UMNO dah berbilion ringgit habis untuk agama Islam jika nak dibandingkan dengan sumbangan PAS .... macam langit dengan bumi.  So tak payah lah nak sembang lebey brother .. Tak kesian ke dengan bangsa sendiri yang dipecah belah kan serta di fitnah-fitnah kan .... Tapi bab ni aku salahkan UMNO dan PAS itu sendiri kerana mereka lakukan semata-mata untuk kepentingan politik.  Tapi jika dah berkahwin kan dah tak berlaku lagi hal-hal sebegini.


Sudah-sudah la ... kita semua sayangkan Negara, Agama dan Bangsa.  Kita boleh gabung baik-baik dan bentuk kerajaan yang KUAT dan KUKUH.  Bangsa lain pun kita boleh beri hak yang adil sama-sama dan ia telah pun terlaksana berpuluh-puluh tahun.

Semoga Negara Aman Makmur untuk Masa Depan generasi  kita semua.








3 comments:

C++ said...

Bhai Zelmey...

Pergh... jarang lu tulis sepanjang nih... hehehe.. sudah dapat momentum ka.... Hahahaha... Gua macam biasa la... ader part setuju... ader part tak setuju.... macam la lu tak kenal gua... Hahaha...

Sebenarnya penyelesaiannya simple jer... cuma antara berani atau tidak jer... Kalu kiter sumer prejudis terhadap halatuju DAP... Kerajaan boleh haramkan jer parti tue... tak susah pon.... dah lama dah boleh buat... sejak selepas 1969 lagi...

Tapi.. pasai masing-masing ader agenda yang lu dan gua pon tak tau.... agenda peringkat atasan nih... tue yang jadi masalah...

Sebenarnya kiter nih kena perdajai jer selama nih... sejak dari sebelum 1969 lagi.... dan selagi kiter rakyat biasa boleh diperdajai... selagi itu la puak yang pegang kuasa boleh rembat aper sajer... sebab kiter yang kat bawah nih dok bertelagah isu kecik-kecik... sampai dilupakan perembatan yang dilakukan oleh puak yang ader kuasa...

Ini pandangan gua la.... lu nak stuju atau tidak gua takder hal.... Kiter still pangyau...

Wei... deghoyan ader banyak lagi ker??? Kalu banyak boleh la datang melawat... Hahahaha

zelmey said...

Lama tak menulis gara2 sibuk uruskan ofis baru di jakarta dan kopi utk di kilang di sana beb.

Durian ini tahun tak cun la.....

Pendapat masing2 kan .... janjinkita punya suara utk difikir bersama ... kawan tetap kawan maaaa ... itu silaturahim woooo

Kan kan

C++ said...

Bhai Zelmey...

Pergh... going international... cayalah...

Tahun depan gua tunggu musim deghoyan... hahaha