Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 17, 2012

PAS Doa Minta Allah KO Dan Hancurkan BN

PAS Doa Minta Allah KO Dan Hancurkan BN


Bismillahiromanirrahim, La ni satu Malaya kecoh PAS berdoa minta Allah KOkan atau dalam erti kata lain beri malapetaka kepada BN.  Gua amat-amat terperanjat bila perkara seumpama ini terjadi.  Memang aku akui para pemimpin Barisan Nasional atau UMNO banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.  Tidak kira sama ada kecil atau pun besar.  Juga kita tak boleh menafikan kebaikan yang BN dah berikan kepada rakyat Malaysia.  Ini juga BN tak boleh pertikai kerana sebagai Pemerintah ia adalah WAJIB dan tak boleh tidak laksanakan.


Tetapi yang amat aku rasa terkilan sekali, sejahat-jahat orang UMNO, aku tak pernah dengar mereka mendoakan KECELAKAAN untuk orang-orang PAS.  Dan yang nakal atau jahat tu pun tak semua.  Juga sejahat-jahat mereka ada kebaikan.  Kenapa sampai jadi begini wahai ribuan orang-orang PAS yang ada bersama mendoakan dan mengaminkan doa musibah itu?  Tidakkah kamu semua percaya bahawa segala apa yang ada di muka bumi ini milik ALLAH.  DIA yang mencipta, memberi, mengambil dan meminjamkan.  

Kemanakah perginya akhlak dan iman?  Hingga tergamak lakukan demikian kepada pemimpin-pemimpin yang dah tentu sebangsa, seagama, sama Tuhan, sama Nabi dan sama Kiblat.

Ada beza kah Tuhan dan Kiblat si Najib ni?

Adakah kamu memohon doa kepada Tuhan yang berbeza?

Kurang percaya kah Allah itu Maha Tahu?  Sudah tentu Dia tahu apa yang DIA rancangkan. 
 “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Kenapa perlu membaca doa sebegitu?  Yang ini minta maaf banyak-banyak, aku langsung tak setuju.  Aku rasa sedih dan terkilan.  Kenapa tak tambah dalam doa tu "Ya Allah berkatilah usaha kami bersama-sama dengan DAP?" ... Dulu gasak kaw-kaw BN dan UMNO ada pemimpin bukan Melayu (Islam).  Tak boleh undi nanti tak masuk syurga lah masuk neraka lah .... Kan Allah dah pesan Syurga itu urusan DIA.  La ni hang pa semua dengan bukan Islam boleh pulak .... Hai ya .. Chiakap tatak serupa bikin woooo .... Tolonglah ! jangan terlalu MENGAGAMAKAN politik.  Kan bagus kalau mohon doa untuk Allah beri kemenangan.  Berdoa untuk Allah bantu penderitaan hambaNya di Bumi Gaza.  Subhanallah ... 

Kepada yang lain-lain terpulanglah nak fikir atau anggap apa sahaja.  Bagi aku SIMPLE, Tak perlu buat kerja TUHAN. Melainkan kita tergolong dari golongan yang TIDAK PERCAYA!.....



Kalau sudah jauh tersasar, tak kira siapa pun, kembalilah ke pangkuan Allah dan Al-Quran.

0 comments: