Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 18, 2012

Nazmi Faiz Mansor Mampu Main Dengan Liga Portugis, Kenapa Rajagobal Tak Senaraikan Nazmi ?

Nazmi Faiz Mansor Mampu Main Dengan Liga Portugis, Kenapa Rajagobal Tak Senaraikan Nazmi ?
Nazmi bersama skuad SC Beira Mar Portugal

Datuk K Rajagobal, Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan


Harimau Malaysia menunjukkan prestasi yang amat buruk selaku Juara Piala AFF Suzuki yang lalu, di mana tewas kepada semua perlawanan persahabatan dan seri dengan Hong Kong di tempat sendiri sebagai persiapan perlawanan berprestij di rantau Asia ini.

Rajagobal seharusnya tidak perlu rasa kecewa dengan penurunan prestasi anak buahnya, sebaliknya harus sedar sememangnya sejak dari muncul juara AFF Suzuki yang lalu, Skuad Harimau Malaysia dari satu perlawanan dan satu perlawanan dah mula menunjukkan penurunan.  

Adakah masalah pemain atau masalah ketua jurulatih itu sendiri?  Kenapa pemain muda yang bermutu serta bertenaga Nazmi Faiz Mansor yang bermain di liga Portugis tidak dipanggil?  Ada masalah ke? atau berlaku pilih kasih dalam pemilihan pemain di dalam skuad Kebangsaan?

Jika ditanya kepada saya, mudah sahaja, Datuk K Rajagobal memang seorang jurulatih yang bagus, jika tidak masakan boleh membawa skuad Negara hingga menjadi juara.  Cuma mungkin Rajagobal mempunyai "limit" iaitu tidak mampu untuk membawa kejayaan yang lebih besar kerana kemampuannya terbatas.  

Adakah Jurulatih bolasepak Malaysia diberi kursus dan latihan profesional untuk menjadi Jurulatih di Peringkat Antarabangsa?  

Rakyat Malaysia khususnya semua menyokong Skuad Harimau Malaysia, tapi harus ingat kami juga dahagakan mutu permainan dan jurulatih untuk berpanjangan.  Bukannya untuk semusim sahaja.  Kalau dah kalah memanjang ni apa ertinya?

Letih dengar pelbagai alasan bila menerima kekalahan yang berterusan.  Jari telunjuk yang ditujukan kepada anak buah, ada lagi 3jari yang menghala dan menunjuk ke arah Jurulatih itu sendiri.  Sendiri mau ingat lah bro!



0 comments: