Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 16, 2012

Najib Razak vs Anwar Ibrahim

Najib Razak vs Anwar Ibrahim




The Prime Minister


The Lagend



Kedua-dua insan ini memiliki kehebatan masing-masing dan misi masing-masing.  Misi secara TOTAL, Najib bermati-matian untuk mempertahankan atau pun menambang kerusi untuk dimenangi pada pilihanraya umum yang semakin hampir tiba.  Anwar tak putus asa dari sebelum masuk penjara, dalam penjara dan keluar penjara masih terus FIGHT untuk merampas kuasa dan mengambil alih kerajaan.

Kadang-kadang kita terlalu asyik dengan propaganda politik hingga kita sendiri menjadi buta apakah yang sedang mereka berdua ini lakukan.  Adakah benar-benar untuk kepentingan negara dan rakyat ataupun diri mereka sendiri?  Ada yang kata Najib nak mempertahankan kerusi sebab takut bila tiada kuasa macam-macam pertuduhan akan dikenakan kepada beliau.  Ada yang kata Anwar nak pegang kerusi dan kuasa sebagai PM sebab nak korek keluar si pesalah-pesalah yang sebenar dan orang-orang yang menganiaya beliau.  Wallahualam .. aku pun tak tahu, korang ada apa-apa idea atau tau apa-apa ka?  Kalau tahu kot bole sharing ka ...

Tapi yang penting kuasa yang dimiliki adalah satu tanggung-jawab yang sangat dasyat BESARNYA kerana ia melibatkan masa depan rakyat.  Kalau cuai dan tiada amanah nantikan sahaja bala dari TUHAN.  

Najib dulu pening dengan the 1st Lady, rakyat dok balun kaw-kaw pasal dia.  Merata-rata orang cakap hal Rosmah.  Aku percaya ia memberi kesan besar kepada usaha najib.  Psst! ... Kalau aku diberi peluang untuk jadi adik angkat atau kawan kepada Rosmah, nak aku wei .... Gila lu tak mau berkawan dengan isteri kepada PM. Tapi hari ini nampak agak tenang nama Rosmah, mungkin dah ada perubahan sikit atau besar tak tahu atau pun isu-isu lain yang menenggelamkan nama Rosmah.

 Datin Seri Rosmah 
The 1st Lady of Malaysia

Anwar pula kini anaknya dicuit oleh masyarakat Melayu (Islam) kerana statementnya yang meragukan iaitu tentang kebebasan beragama.  Aku tak pasti secara 'detail' tentang maksud kenyataan beliau, tapi yang pasti sensiviti masyarakat Islam terusik.  Yang ni hanya Tuhan, Izzah dan rakyat sendiri menilai lah.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament 

Persoalan kepada tajuk ini - 
  • Benarkah Najib Razak terlibat dengan segala skandal yang dikaitkan kepada beliau antaranya isu kapal selam dan Altantuya?
  • Benarkah Najib jika memerintah lagi sepenggal negara akan bertambah maju dan ekonomi rakyat terbela?
  • Benarkah Anwar hanya mempunyai misi semata-mata untuk membersihkan namanya?
  • Benarkah Anwar seorang peliwat dan pelaku sex dalam video porno yang pernah kita tonton?
  • Benarkah Anwar juga mempunyai misi untuk merembat orang-orang yang menganiaya beliau?
  • Benarkah Anwar mampu mengubah nasib rakyat dan menambah maju lagi negara serta menaikkan pertumbuhan ekonomi negara?

Sekadar nak bertanya kepada tuan-tuan dan puan-puan, kenapa MESTI menjadikan FITNAH itu sebagai salah satu cara berkempen.  Kenapa, tak percaya ke TUHAN pasti akan membentangkan kebenarannya.

Aku cuma terkilan melihat orang-orang Islam menjadikan fitnah sebagai darah daging mereka.  Kesian kesian .... Tapi aku juga percaya dalam banyak-banyak isu yang masing-masing mengatakan ia fitnah, ada mungkin juga BENAR !  Ya Allah, selamatkan lah hamba-hambaMu dari binasa dan dari mangsa orang-orang yang membinasakan.  Tunjukkan lah KEBENARANNYA demi kami yang lemah ini.

Cuba sekali sekala kita cool down, menulis artikel yang neutral agar tenang dan bebas pembaca berfikir.  Amacam ada setuju ka? .. Tapi manakan bule, sebab ramai penulis blog dibayar dan dibayar khusus untuk mencipta propaganda dan dibayar khusus untuk memfitnah.  Korang makan lah duit tu bagi anak-anak dan isteri.  Hehehe ... 





0 comments: