Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, November 10, 2012

Camera AES & Had Laju Lebuhraya

Camera AES & Had Laju Lebuhraya


Mengawal kemalangan dan mengurangkan kadar kematian kemalangan memang satu tanggung-jawab yang mesti.  Tetapi adakah cara yang dipaktikkan di Malaysia ini relevan?


Cuba kita renung dan fikir sejenak pada artikel gua ni.  Tiba-tiba aku terfikir antara saman-saman yang dikenakan kerana kesalahan lalu-lintas seperti melebihi had laju.  Aku bukan tak setuju, aku boleh kata setuju tapi biar ada logiknya.

Proton Saga 1.6 cc

Minta maaf banyak-banyak kepada pengguna kenderaan yang berkuasa kuda renda atau c.c kecil, ini bukan nak pandang rendah atau pandang sebelah mata,  tapi sekadar untuk kita sama-sama buka mata dan guna akal waras logik kita semua, termasuklah akal orang-orang yang mencipta dan melaksanan undang-undang.

Perodua Viva 650cc & 850cc

Bagi aku kenderaan ringan seperti di atas dah sah-sah merbahaya jika dipandu dengan laju apatah lagi dengan penumpang.  Ini menyebabkan 'handling' dan juga kestabilan pemanduan terjejas bila menampung berat penumpang dan barang-barang seperti beg yang di bawa bersama.  Kalau kereta seperti ni dipandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam memanglah merbahaya.

Ini kenderaan JPJ pun bule eksiden woo .. bukan terkecuali.


Bentley 

Ferrari 458 Italia

Lamborghini Avantador

Bagaimana dengan 'Supercar' yang biasanya mempunyai sehingga 700 kuasa kuda, adakah rekaan khusus untuk kelajuan maksima seperti 320 atau 340 km/jam tidak selamat jika dipandu dengan kelajuan 180km/j ?

Adakah pemilik kereta seperti ini nak layan bawah 110 km/jam .. Pasti pemandu boleh jadi mengantuk, lebih-lebih lagi pandu jauh, tengah hari dengan waktu panas yang memang biasanya meletihkan mata.  Beb, harga kereta berjuta tapi kalau hanya boleh pandu 110km/jam, kompom menipu dan bohong la .. Aku tahu sebab aku dulu aktif dengan Supercar Club dan biasa dengan konvoi.

Lamborghini Gallardo



Lepak-lepak konvoi di Plaza Gurney Penang

Bersama geng-geng Supercar di Penang

Kereta aku S350L dengan 3,720 cc macam mana nak pandu 110 km/sejam geng?  Rasa macam 50km sejam.... 

Sorry geng, bukan nak sembang apa, tapi aku sekadar nak bikin cerita dengan fakta.  Di sini apa yang ingin aku maksudkan atau cadangkan kepada pemerintah agar had laju dikaji untuk beberapa aspek agar ia relevan dan masuk akal.

Apa pandangan korang jika had laju ditetapkan mengikut jenis kenderaan.  Contoh kenderaan c.c rendah 660 - 1,500 c.c 110 km/jam dan kenderaan c.c besar seperti 2,500 ke atas berbeza.  Akan tetapi ini hanya dilaksanakan di lebuhraya sahaja.  Kalau tak, jangan benarkan terus import kereta mewah.. !!

Amacam, Setuju tak?  


















5 comments:

C++ said...

Bhai Zelmey...

Gua cuma pakai kapchai jer... hahaha.... jadi memang terasa ngan lu punya point nih.... terasa dipandang rendah jer....

zelmey said...

Eleh ... kapchai konon kikikiki

Anonymous said...

Cite dia senang je bro....lu bawak jelah selaju laju yang bole...tak tangkap tak salah tangkap kalu...salah lah.....ala takat tiga ratus apa ada hal....kete juta juta bole beli...wa pakai iswara je...ada saman bayar la tarak hal....anak jantan....brani laju brani byr....tak gitu bro supercar......keh3 apadaaaaaa

Anonymous said...

bro, gua setuju ngan lu punya point, namun pihak berwajib cuba mencari jalan terbaik bagi mengurangkan kes-kes kemalangan di negara kita. Antaranya AES..namun perlu lah pilot test dulu, then kita tengok reaksi umum. At current, ramai yang memberi reaksi negatif, dan kerajaan sangat proaktif dengan menerima semua pandangan......pada gua , benda paling basic ialah semua pemamdu perlu follow current perundangan jalanraya....anyway, lu punya SL350 memang mantop!

zelmey said...

Masalahnya pemandu kita takda etika yg baik di jalanraya. Dan qualiti jalan serta sikap ambil berat utk repair jalan rosak juga perlu dipertingkat. Gua faham memang payah nak wujudkan pemandu berhemah ... nak buat mcm mana masyarakat tak ambil peduli tntg kemajuan insaniah.

Tp apa2 hal gua dah kono snap aes beb cet....