Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 13, 2012

Benarkah Anggota Polis Memuas Nafsu Bergilir-gilir Merogol Pembantu Restoran?

Benarkah Anggota Polis Memuas Nafsu Bergilir-gilir Merogol Pembantu Restoran?


Nah! sekarang apa nak cakap? anggota polis dah mencemar nama baik Malaysia.  Sekarang jawab... jangan kes rakyat marhain diangkut dan disoal siasat macam dah kompom bersalah atau penjenayah.  Jangan sampai uniform yang sama dibikin  sempoi... kami rakyat Malaysia menuntut keadilan undang-undang ... Di seluruh akhbar Indonesia dah Keluar muka depan yang sekali lagi mengaibkan nama murni negara tercinta.

Saya mengalu-alukan Ketua Polis Negara untuk membuktikan undang2 negara kita ini adil dan saksama tidak kira siapa sahaja yang menyalahi undang2.

Tangkap mereka dan simpan dalam lokap untuk siasatan sebagaimana ia dijalankan seperti biasa terhadap saspek dan jika mereka terbukti bersalah, kepada mahkamah maka beri hukuman yang ada atau setimpal seperti penjara dan sebat, ia maka laksanakan.  Rakyat semakin bijak dan tidak elok kerana perbuatan yang berkuasa, nama institusi sendiri tercemar.

Jangan posting aku macam ni korang kata menghasut pulak! Ni bukan hasut, ni nasihat...

Kes ini sememangnya memberi tamparan yang hebat dan memberi kesan sampingan terhadap ahli perniagaan yang berurusan di negara Indonesia.  Khabarnya juga NGO Indonesia dan Malaysia juga sedang berbalas bersilat untuk menjawab isu ini.

Sekiranya kes ini selepas siasatan selesai mendapati benar, maka jadikanlah iktibar yang besar untuk kesejahteraan masa depan.  Mungkin apa yang berlaku ini satu kifarah dan hanya Allah yang tahu kenapa? Oleh itu jangan lah berlebih-lebih terhadap seseorang itu jika dia buat salah dan jangan terlalu mengagung-agungkan seseorang itu bila kita suka.  Orang yang baik tak semestinya akan terus berbuat baik dan orang yang jahat tak semestinya tak boleh jadi baik.

0 comments: