Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 21, 2011

Sekatan Ekonomi Kerajaan Malaysia Kepada Rakyat - Bhg - 1



Sekatan Ekonomi Kerajaan Malaysia Kepada Rakyat - Bhg - 1

Salam sejahtera saudara pembaca. Agak lama saya tak menulis blog kerana saya takda tajuk yang 'stim' nak tulis. Pada mulanya saya dgn kawan-kawan dok minum kopi sambil sembang-sembang di Craven Cafe Bukit Antarabangsa dengan cerita kedai kopi angan2 nak jadi Menteri Besar. Geng-geng yang ada Abg Azmi (Aku Peduli Apa), Abg Om, Lan (Menteri Besar Selangor) dan sorang lagi saya lupa nama (maaf ya pak) hehe.

Lepas sejam merapu dengan Manufestonya "Dari Rakyat, Kepada Rakyat dan Untuk Rakyat" sambil gelak ketawa berdekah-dekah, lalu sorang demi sorang balik rumah, maklum lah dah pukul 2 pagi. Tinggallah saya dengan kawan bernama gelarannya Lan (seorang peguam). Saya pun tanyalah kepada dia tentang komen dan pendapat masalah ekonomi negara. Setelah panjang lebar kenyataan beliau saya amat tertarik dan terpanggillah untuk menulis artikel ini. Banyak topik yang kami bualkan. Jadi sekarang ni saya nak tulis bahagian 1 dulu.


Masalah pinjaman PTPTN membebankan Pelajar:

Pertamanya terima kasih kepada Kerajaan yang amat serius tentang pelajaran di negara kita ini. Justeri itu, rakyat Malaysia kini ramai yang berpelajaran tinggi. Ini juga menjadi satu punca limpahan pelajar-pelajar luar negara ke Malaysia sehingga melebihi dari 200 buah negara dan ianya memberi sumber pendapatan kepada Kerajaan yang besar apabila mereka datang ke negara Malaysia dan ada yang berpindah dengan keluarga mereka sekali. Prasarana, infrasruktur dan kos pembelajaran di Malaysia boleh kita anggap sebagai berpatutan dan agak rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain.

Tetapi, adakah wajar kerajaan menyenarai hitam pelajar yang membuat pinjaman PTPTN ini?

Ianya menjadi masalah kepada ramai pelajar yang menanggung hutang ini. Apa tidaknya, sebaik sahaja tamat pengajian mereka telah dipertanggung-jawabkan untuk membayar ansuran pinjaman mereka. Sedangkan pada ketika itu mereka baru tamat pengajian, nak cari kerja tak dapat berpunca daripada penguncupan ekonomi, ada yang dah dapat kerja tapi pada ketika itu baru berumah-tangga, banyak komitmen lain. Tau-tau saja dah 'black list'.

Selepas tamat pengajian mereka akan melalui proses menstabilkan ekonomi dan kewangan. Pada waktu ini mereka baru dapat kerja dengan standard tangga gaji Malaysia yang rendah. Komitmen agak tinggi, nak bayar rumah sewa, kenderaan, makan minum dan lain-lain.

Setelah ditanya dan disoal selidik, gaji yang diterima pun kadang-kadang tak cukup pada tiap-tiap bulan. Bila dah mula mampu nak bayar hutang PTPTN, tau-tau saja dah kena senarai hitam. Maklum sajalah bila dah 'black list' banyak perkara terhalang. Secara langsungnya menyukarkan dan menyekat mereka untuk merancang pertumbuhan ekonomi mereka.

Persoalannya, adakah wajar Kerajaan menyenarai hitamkan mereka?

Benarkah dengan cara ini kerajaan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi?

Benarkah apabila ramai rakyat Malaysia disenarai hitam hingga sukar untuk membuat pinjaman bank menjadi penyumbang kepada penyukaran kerancakan ekonomi?

Tidakkah ini membebankan rakyat?

Adakah dengan cara ini rakyat gembira?

Adakah dengan cara ini Kerajaan dapat memikat mereka untuk terus menyokong kerajaan?

Patutkah kerajaan memikirkan dengan serius soal ini dan menyelesaikan bebanan mereka dengan cara, melanjutkan tempoh bayaran balik dan mengurangkan jumlah bayaran ansuran?

Kita sambung untuk tajuk atau perkara lain di Bhg - 2

Selamat Hari Malaysia ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !













0 comments: