Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 13, 2011

Kampung Baru Kuala Lumpur


Kampung Baru Kuala Lumpur

Jika ditanya, adakah orang-orang Melayu memiliki tanah di pusat bandar Kuala Lumpur? Jawapannya sudah pasti hanya di Kampung Baru. Saya menganggap Kampung Baru sebagai Khazanah Melayu terakhir di Ibu Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Ini adalah 'last kopek' tanah atok nenek orang Melayu. Banyak kesan sejarah di sini termasuk peristiwa 13 Mei.

Sememangnya jika dilihat ia agak mencemar pemandangan ibu kota (dari sudut lain).
Tetapi kita juga harus sedar, terlalu banyak kota-kota lama dan juga seni bina bangunan lama diroboh dan dimusnahkan di negara kita ini.

Kenapa Melaka dan Pulau Pinang masih popular dan cukup sinonim di telinga pelancong dari luar negara? Sudah pasti kerana keunikan kota lama yang bernilai tinggi.

Tidakkah kita sedar bahawa keindahan dan kemeriahan tradisi seperti pasar malam, bazar ramadhan dan sebagainya merupakan keunikan turun temurun dan sering dikunjungi penduduk setempat dan pelancong dari luar negara?

Kita sering dengar di akhbar dan berita tentang Kampung Baru yang ingin diambil alih oleh kerajaan. Sehingga hari ini pelan dan rancangan kerajaan masih belum berjaya untuk membeli tanah orang-orang Melayu di Kampung Baru ini.

Persoalannya KENAPA?

Benarkah harga tawaran sangat rendah?
Benarkah orang-orang Melayu di Kampung Baru ingin mengekalkan harta pusaka di sini?

Benarkah pelan dan rancangan Kerajaan benar-benar membantu orang Melayu di Kampung Baru?
Benarkah jika tanah orang-orang Melayu di sini dijual kepada Kerajaan, pemilik mendapat harga yang tidak berbaloi?
Benarkah Kerajaan yang akan membuat keuntungan berlipat kali ganda selepas ditukar status kepada tanah kormersial nanti?
Benarkah jika Kerajaan tukar status kepada 'Free Hold' dan 'Komersial' pemilik akan bersetuju menjual kepada Kerajaan?

Jika ditanya kepada saya, jangan jual kepada kerajaan. Tetapi sebaliknya kerajaan harus merancang satu pelan bagaimana untuk membangunkan Kampung Baru, menaik taraf dan mengindah lagi. Ini sekadar pandangan saya. Pandangan kan masing-masing ada !

Takkan Melayu Hilang Di Dunia !

4 comments:

Uncleseekers said...

Hang Tuah pun hilang!...abis camner?

zelmey said...

Yang takkan hilang orang Melayu. Hang Tuah memang dah lesap hilang ..

Kerajaan Rakyat said...

Kalau tanah Kampong Baru dijual kepada KERAjaan... alamat... yang kenyang... kroni Umno lahanat tu... orang Kg. Baru akan terus dipinggirkan..

Kroni Bangsat Umnoporno WAJIB disula.. !!

zelmey said...

:)