Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 29, 2008

BENARKAH SYED HAMID ALBAR AKAN TEWAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN???

BENARKAH SYED HAMID ALBAR AKAN TEWAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN???


Syed Hamid hanya mendapat 3 pencalonan daripada 13 cawangan yang telah bersidang di bahagiannya sehingga 28hb Julai 08 ini. Pencabar beliau Daing A Malik Daing Abdul Rahman mendapat 10 pencalonan.

- Benarkah jawatan Menteri yang disandang oleh Syed Hamid tidak menjamin apa-apa ??

- Benarkah pemimpin itu milik ahli dan rakyat??

- Benarkah wakil rakyat juga milik rakyat??

- Benarkah ahli atau perwakilan penentu kemenangan seseorang calon itu, bukannya calon penentu kemenangan???

Monday, July 28, 2008

BUKU KAJIAN 99 MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU - UTUSAN MALAYSIA

BUKU KAJIAN 99 MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU - UTUSAN MALAYSIA



PSI bukukan kajian tentang makhluk halus



Saturday, July 26, 2008

BENARKAH GANDINGAN ROSLI DAN AZIZI MAMPU MEMPERKASA PEMUDA UMNO KAPAR???

BENARKAH GANDINGAN ROSLI DAN AZIZI MAMPU MEMPERKASA PEMUDA UMNO KAPAR???

Hj Roslee bin Abdul Hamid

Ustaz Azizi bin Ishak

Tak tahu nak buat apa pada petang ini, saya pun pergi ke Blue Wave Hotel Shah Alam untuk secawan kopi. Setiba di sana terlihat Hj Rosli dan Ustaz Azizi (calon Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar) serta beberapa sahabat yang lain. Apa lagi.. saya ambil kesempatan ini untuk interview mereka berdua dengan bertanyakan matlamat dan visi mereka berdua untuk memimpin Pemuda UMNO Kapar.

Hj Rosli memberitahu saya bahawa beliau inginkan satu pendekatan baru di Pemuda Kapar yang disebut sebagai 'Suara Baru'. Berikut adalah apa yang dijelaskan dengan matlamat beliau -

1) Keputusan dalam mesyuarat Exco Pemuda Kapar akan ditentukan oleh majoriti AJK. Bukannya keputusan yang dipengaruhi oleh beliau.

2) Ketua-ketua Pemuda Cawangan serta AJK cawangan akan lebih didekati dan diberi perhatian.

3) Bekerja berterusan bagi memastikan BN dapat merampas kembali tampok pemerintahan negeri Selangor.

4) Mewujudkan serta menggerakkan biro-biro yang lebih efektif dan efisien.

5) Melaksana program dan aktiviti yang akan menarik lebih ramai lagi masyarakat menyertai UMNO.

6) Berusaha keras bagi memantapkan lagi Pemuda UMNO diperingkat cawangan.

7) Sentiasa mendengar dan mempertimbang secara terbuka setiap aduan dan keluhan pemuda.


- Benarkah mereka berdua ikhlas untuk memperjuangkan Pemuda UMNO Kapar??

- Benarkah hasrat dan matlamat Rosli, Azizi serta barisan ajk yang baru ini bakal menyaksikan Pemuda UMNO Kapar lebih perkasa??


Wednesday, July 23, 2008

BENARKAH ADA 11 'KELING' DI MALAYSIA??

BENARKAH ADA 11 'KELING' DI MALAYSIA??


Sireh Keling (Piper betel Linn)



Ubi Keling (Ubi Kemili - Stemona tuberose) – Kelantan



Kampung Sungai Keling - Labuan



Kuih Telinga Keling - Johor


Masjid Tanjung Keling - Melaka



Pengkalan Ubi Keling - Terengganu


Cempaka Keling

(Michelia Figo/Magnolia Figo/Magnolia fuschata)




Gelama Keling (Johnius amblycephalus)


Gendang Keling Ibu - Kedah


Jambu Keling (Eugenia malaccensis)


Masjid Kapitan Keling, George Town - Pulau Pinang





BENARKAH SITI AZRAH ANGKUH?


BENARKAH SITI AZRAH ANGKUH?

- Benarkah Siti Azrah tidak mahu berjumpa dengan ketua-ketua puteri cawangan bagi berusaha untuk mendapatkan pencalonan dan punca tidak mendapat pencalonan?

- Benarkah Siti Azrah hanya menggunakan blog sahaja sebagai laluan untuk mendapat pencalonan?

- Benarkah Siti Azrah sombong, tidak mahu mendapatkan restu dan pandangan daripada kalangan AJK Puteri UMNO Bahagian Kapar bagi menyatakan hasrat bertanding?

- Benarkah Siti Azrah tidak disokong oleh ramai ketua-ketua Puteri Cawangan dan AJK Puteri Bahagian?

- Benarkah Siti Azrah 'syok' sendiri?

Sunday, July 20, 2008

BENARKAH PAS & UMNO AKAN BERSATU??


BENARKAH PAS & UMNO AKAN BERSATU??

- Benarkah Pak Lah membuat pengakuan bertemu dengan Hadi Awang?

- Benarkah Pak Lah bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS?

- Benarkah PAS yang tidak mahu bersatu dengan UMNO?

- Benarkah pemimpin-pemimpin UMNO sukar terima PAS kerana bimbang kepentingan peribadi mereka tergugat?

- Benarkah MELAYU akan menjadi lebih kuat sekiranya dua parti keramat ini bergabung atau semakin hancur?




Thursday, July 17, 2008

BENARKAH HANIMASRAH AKAN TUMBANG KE TANGAN SITI AZRAH???

BENARKAH HANIMASRAH AKAN TUMBANG KE TANGAN SITI AZRAH???

Salam saudara / saudari ..

Kini hangat diperkatakan tentang SAUDARI SITI AZRAH BINTI RAZALI,
KETUA PUTERI CAWANGAN KAMPUNG BUDIMAN dari Dun Meru bakal mengganti Hanimasrah dengan corak kepimpinan baru yang lebih memberi manafaat dan kebaikan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kapar?

- Benarkah Siti Azrah mampu membawa Puteri Kapar dengan lebih gemilang & cemerlang?

- Benarkah Siti Azrah berhasrat untuk menumbangkan Hanimasrah setelah Naibnya Puan Asnita menarik diri dari melawan ketuanya?



Tuesday, July 15, 2008

BENARKAH MUHYIDDIN YASSIN "DERHAKA" PADA PAK LAH???


BENARKAH MUHYIDDIN YASSIN "DERHAKA" PADA PAK LAH???

Derhaka - tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dan lain-lain), menentang kekuasaan yang sah.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
edisi keempat

BENARKAH TUN MAHATHIR NYANYUK (Demensia)???





BENARKAH TUN MAHATHIR NYANYUK ( Demensia)???

Demensia atau nyanyuk adalah keadaan di mana terdapatnya kemerosotan atau penurunan fungsi intelektual, ingatan dan perubahan dari segi personaliti. Pada peringkat awalnya pesakit menjadi mudah lupa. Apabila ianya berlarutan gerak balas emosi menjadi terbantut, tidak stabil dan kerap berubah. Pada peringkat serius pesakit akan berkelakuan resah gelisah, keliru atau berkelakuan ganjil, Percakapan merekapun pula menjadi tidak rasional.

BENARKAH ANWAR IBRAHIM MENGHITUNG HARI UNTUK DIPENJARAKAN???




BENARKAH ANWAR IBRAHIM MENGHITUNG HARI UNTUK DIPENJARAKAN???

Saturday, July 12, 2008

ASNITA LAWAN HANIMASRAH

Salam saudara pembaca.

Saya telah terima pelbagai cerita tentang Cik Hanimasrah dan Pn Asnita dari komen-komen yang anda berikan di ruangan ulasan pada 2 artikel saya.

Ia membuat zelmey berminat untuk menanyakan kepada saudara / saudari berkaitan hal ini.

Saya juga ada terdengar bahawa Pn Asnita tidak berminat untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kapar.

Persoalannya kenapa anda menyuarakan hasrat untuk Asnita lawan Hanimasrah?

Boleh menang ke Asnita kalau lawan Hanimasrah?

Friday, July 11, 2008

PEMENTASAN TEATER BUKAN DEJAVU







Teater Perdana Bukan Dejavu yang memenangi tempat pertama Sayembara Mengarang (Drama) Sempena 50 Tahun Merdeka yang lalu kini dipertontonkan sekali lagi di Panggung Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 9 - 13 Julai 2008.

SINOPSIS

NARTI sudah mampu membuka sebuah warung makan untuk teman-temannya. Dia menjual pelbagai jenis sup dan yang paling mendapat permintaan adalah Sup Ekor yang mereka namakan Sup Ekor Setan. Salah seorang pelanggan tetap Narti ialah Leman, seorang posmen yang lurus bendul tetapi sangat jujur dan amanah.

Cerita bermula dengan kegembiraan Nora apabila menerima sepucuk surat daripada anaknya, Norma Hamima yang memberitahu ibunya bahawa dia akan tamat pengajiannya di New Zealand dan akan kembali ke tanah air. Namun berita gembira itu bersalut dengan kerunsingan Nora sekiranya anaknya tahu pekerjaan sebenarnya.

Leman pula kalut dengan masalah teman wanitanya, Jamilah iaitu anak tiri Tahir, seorang ketua gengster di Kelab Karaoke Semarak Hati tempat ibu Norma bekerja. Jamilah mengandung kali kedua angkara perbuatan ayah tirinya selepas kandungan pertamanya gugur akibat ditendang oleh ayah tiriya. Jamilah mahu melahirkan dan membesarkan bayi tersebut. Leman meminta bantuan Narti dan Nora agar membantu Jamilah melahirkan anaknya di rumah mereka.

Yanto dan Pak Jamal merancang untuk mengadakan kenduri aqiqah dengan menyembelih seekor kambing. Tahir mencari Jamilah hingga ke rumah Yanto dan berlakulah pertengkaran antara Parjo dan Wan Dol dengan Tahir. Tahir kemudian menghantar seorang penagih dadah untuk merisik maklumat tentang Jamilah.

Nora menghadapi masalah besar apabila anaknya, Norma Hamima tiba-tiba muncul di rumah sewanya. Norma yang sudah pun mengetahui pekerjaan ibunya telah bertengkar dan mengeluarkan kata-kata pedas hingga menggores hati Nora. Bagaimanapun perselisihan tersebut berakhir apabila Nora bertekad berhenti kerja dan mengajak anaknya pulang ke kampung.

KARYA - Ismail Kassan
PENGARAH - Siti Rohayah Attan

BARISAN PELAKON-

Juhara Ayob / Narti
Shukor Yon / Yanto
Safura Ya'cob / Salmi
Norish Karman & Mardiana Alwi / Nora
Mardiana Alwi & Abby / Norma
Datuk Jalaluddin Hassan / Tahir
Yussak Kassan / Parjo
Aris Othman / Leman
Eyzendy Aziz / Wandol
Maziah Thany / Jamilah
Siti Asmeira / Siti
Rasdi / Pak Jamal

Teater ini sangat menarik untuk ditonton. Ia memaparkan kisah-kisah yang sangat lucu hingga tak kering gusi dibuatnya dan juga kisah sedih yang boleh membuat anda menitiskan air mata.

  • Wangsa Melawati Ticket2U Call Centre: 03-4149 8600
  • Istana Budaya, Jln Tun Razak: 03-4026 5558
  • KL Sentral, Travel Mart: Departure Hall
  • KL Sentral, Holiday Tours: Arrival Hall
  • KLCC, Triways Travel&Tours, 4th Level left wing
  • IKEA, Damansara: Reliance
  • One Utama: Asia Travel Mart
  • Desa Sri Hartamas: Triways Omega Travel & Tours, 2nd Floor Unit 42
  • TTDI, Jln Tun Mohd Fuad: Triways Travel & Tours
  • Mid Valley : Ticket charge
Sokong dan tonton teater kita untuk memartabatkan seni tanah air.

Tayangan dari jam 8.30 pm hingga 11.15 pm
(Tiket boleh didapati terus di pintu masuk panggung)

http://www.bukandejavu.blogspot.com

Thursday, July 10, 2008

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Salam saudara pembaca.

Nama Hj Md Ghazali Hj Md Amin bukanlah nama yang asing bagi kita di UMNO Kapar ini. Beliau merupakan seorang bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Beliau juga pernah dicalonkan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu bagi DUN Meru. Beliau merupakan AJK UMNO Bahagian Kapar dan sekarang telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mana menterinya adalah YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib.

Dengan kredibiliti dan intergritinya, beliau mampu membawa pembaharuan dan kemajuan kepada UMNO Kapar. Sememangnya ahli-ahli UMNO dahagakan pimimpin seperti beliau, dengan sifat-sifat rendah dirinya, tidak lokek untuk memberi senyuman, tekun dalam menjalankan tanggung-jawab dan mesra, ini mencorakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang baik.

Semoga dengan jawatan beliau selaku Pegawai Khas kepada menteri di KKLW, dapat membantu para peniaga kecil di kampung-kampung untuk dinaik taraf perniagaan kepada industri yang lebih baik.

Gandingan bersama YB Dato' Rahman dan Hj Faizal Abdullah bakal menguatkan lagi UMNO Bahagian Kapar.



TERIMA KASIH

Assalamualaikum.

Saya berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pelawat-pelawat blog ini. Ini menandakan peningkatan dan peka kepada laman web yang kini telah menjadi satu tapak untuk menyatakan pandangan serta luahan rasa.

Saya akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan pelbagai infomasi buat tatapan saudara. Di sini juga saya telah membuat pautan (link) dengan beberapa blog yang terdapat pada tepi laman web ini untuk kita sama-sama layari dan terokai blog kawan-kawan kita dan berilah komen-komen saudara di sana.

Sekiranya saudara mempunyai sebarang maklumat untuk dipaparkan menerusi blog ini, sila hantar ke email saya, zelmey@hotmail.com

Terima kasih.

Yang ikhlas,

Zelmey Mohd Yusof

"Bersatu, Berjuang & Berkhidmat"

Wassalam..

Tuesday, July 8, 2008

Adakah Dato' Rahman Palil masih relevan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar?


Salam saudara pembaca.

Kini YB Dato' Abdul Rahman bin Palil bakal memasuki penggal ke-3 sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar. Beliau juga satu-satunya wakil rakyat tunggal di Parlimen Kapar yang menang dan menang tanpa bertanding pada PRU-12 yang lalu.

Adakah sebagai wakil rakyat, beliau berhak mendapat penghormatan tidak ditandingi dan mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar?

Persoalan ini terletak pada akar umbi ahli-ahli dan perwakilan UMNO Bahagian Kapar.

BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU





Menariknya, buku itu bukan untuk dijual secara komersial tetapi Syed Abdullah yang juga ketua Kumpulan Team PSI (Paranormal Scene Investigation dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) yang lebih dikenali sebagai UNCLE bersedia untuk memberikan kepada mereka yang berminat tetapi dengan syarat mereka sanggup memberikan 'hadiah' dengan nilai RM999.99 bagi setiap naskah buku itu.


"Buku ini merupakan hasil kajian peribadi saya dan ahli-ahli PSI dan saya tidak mahu menjual secara komersial hasil karya ini tetapi saya mahu buku ini dimiliki oleh mereka yang betul-betul berminat tentang kajian makhluk halus, justeru itu cetakannya saya hadkan sebanyak 99 naskah sahaja," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.


"Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini," katanya lagi.



Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.


"Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini," katanya lagi.

Buku ini turut memaparkan ilustrasi mengenai rupa bentuk makhluk halus berdasarkan kepercayaan masyarakat Melayu di samping kajian-kajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya sejak 1866 lagi.

Buku ini mengandungi kajian mengenai jenis-jenis 99 hantu menurut kepercayaan Melayu seperti Hantu Raya, Toyol, Pontianak, Hantu Kopek dan lain-lain. Antara lain ialah mengenai kepercayaan masyarakat Melayu tentang tanda-tanda kewujudan hantu, cara menghindari dan cara berhubung dengan makhluk halus.

Menariknya buku ini turut mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh bomoh palsu untuk mengaburi masyarkat (pesakit) terhadap ilmu-ilmunya.

Selain daripada Jenglot, bigfoot dan fenomena santau, buku ini juga memaparkan barang-barang mistik yang dipercayai sebagai medium pengasih, penggerun, pelaris perniagaan dan ilmu kebal.

Turut dimuatkan ialah pengalaman beberapa pengkaji dari Eropah dan Jepun yang membuat kajian bersama dengan Team PSI tentang makhluk halus dan paranormal di Malaysia.

Buku ini memang manarik untuk dimiliki oleh cendiakawan, pensyarah dan pelajar antropologi dan peminat dunia mistik serta paranormal.

Kajian tentang budaya melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan orang melayu yang pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat melayu secara khusus.

99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu mengajak pembaca berfikir berkenaan kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.

Seperti ungkapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dalam kata-kata aluannya menyatakan buku ini adalah usaha
berani dengan kesanggupan menongkah arus adat dan kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang sudah berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu.

Menarik juga dihalusi kata-kata aluan dari Profesor Madya Hanapi Dollah dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap buku karya Syed Abdullah ini: " Buku ini bukan cerita hantu, tetapi berkenaan pengalaman para pengkaji paranormal semasa berada di tempat-tempat yang dikatakan berhantu".


Diharap anda akan akan menjadi orang pertama memiliki buku ini daripada 99 naskah yang diterbitkan. Mereka yang berminat boleh hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau 019-368 2323 atau e-melkan ke zelmey@hotmail.com atau Syed Abdullah sendiri, uncleseekers@gmail.com.


Disediakan oleh
Zelmey Mohd Yusof
H/p: 019-349 6688 / 019-368 2323
p/s: Untuk mendapatkan foto sila hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau emel zelmey@hotmail.com.

Sunday, July 6, 2008

Destination Truth America & PSI Malaysia




























































































Jun 2008 - Destination Truth, merupakan satu team yang menjalankan 'world tour' untuk dokumentari tentang paranormal. 'Team' ini dari Amerika dan mereka telah mengunjungi kami Team PSI (Paranormal Scene Investigation) untuk sesi pengambaran ke tempat-tempat mistik di Tanjong Karang dan Jandabaik.

Destination Truth merupakan sebuah rancangan dokumentari mistik (paranormal) yang ke 2 tertinggi ratingnya di Amerika.

Kini Team PSI (dulu dikenali sebagai Seekers) telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penghormatan untuk rancangan dokumentari ini. Ia bakal ditayangkan di Amerika dan secara online pada bulan September 2008.

Foto-foto di atas - masjid lama di Tanjong Karang yang telah ditinggalkan hampir 40 tahun dan kawasan tanah perkuburan di sekitar masjid. Menurut cerita bekas imam masjid itu serta nazirnya, di kawasan sekitarnya terdapat pelbagai aktiviti paranormal. Ada yang pernah melihat hantu bungkus, pontianak dan lembaga hitam.

Diwaktu pengambaran yang kami jalankan, ahli 'Team Destination Truth' bergilir seorang demi seorang duduk di dalam masjid bermula dari jam 12 malam hingga 4 pagi. George Gate (commentar) juga tidak melepaskan peluang.

Memang wujud aktiviti paranormal di sana, apa tidaknya.. 4 orang ahli Team Destination Truth tak tahan hampir nak melarikan diri dari lokasi pengambaran.

Setelah pengambaran selesai kami membuat 'preview' pada kesemua 50 tape yang digunakan, memang ada beberapa objek asing (paranormal) berjaya dirakamkan, antaranya lembaga hitam yang bergerak mengelilingi orang yang sedang duduk seorang diri di dalam masjid. Saya cuba mendapatkannya untuk ditontonkan, tapi Casey, penerbitnya tidak izinkan kerana mereka belum tayangkan lagi di kaca tv Amerika.

Sebelum ini, Team PSI pernah membuat rakaman dengan pasukan pengkaji paranormal dari Jerman, Jepun dan Singapura.

HJ ROSLI SOMBONG ?

Salam saudara pembaca,

Kini kita lihat Hj Rosli calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar benar-benar berhajat untuk menggantikan tempat Hj Faizal. Layakkah beliau menjawat jawatan ini.

Orang kata dia ni sombong, betul ke?

Saturday, July 5, 2008

FAREED KETUA PEMUDA KAPAR ?

Orang kata Ustaz Fareed layak jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar sebab berpelajaran?

Tapi ada orang kata dia tak mampu untuk memberi khidmat dan berkorban untuk ahli-ahli atas faktor ekonomi, masa & pengaruh betul ke?

JAWATAN KETUA, TIMBALAN & NAIB UMNO BAHAGIAN KAPAR.

Salam saudara pembaca.

Bahang pemilihan UMNO Bahagian Kapar makin panas.

Calon Ketua, Timbalan & Naib akan ada persaingan?

Fikirkan dan beri penilaian dengan profesional dan matang. Siapa lebih layak?

KETUA UMNO Bahagian

- Y.B Dato' Abdul Rahman bin Palil
- Cikgu Harun bin Said
- Jaya Kasuma Hj Rusman
- Pn Norliza binti Ahmad

TIMBALAN KETUA UMNO Bahagian

- Hj Faizal bin Abdullah
- Dato' Jaie bin Ismail

NAIB KETUA UMNO Bahagian

- Hj Md Ghazali bin Hj Md Amin
- Hj Sukaiman bin Ahmad
- Sdr Khairil Anuar bin Hj Rusman
- Datuk Abdul Rashid bin Asari

Friday, July 4, 2008

Tuduhan Saya Terhadap Najib Tidak Benar, Kata Balasubramaniam.

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang semalam menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dalam akuan bersumpahnya bertarikh 1 Julai, hari ini menarik balik tuduhan itu.

Semua tuduhan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak tepat dan tidak benar, kata Balasubramaniam menerusi M. Arulampalam, seorang peguam yang menemaninya pada sidang akhbar di sini.

"Dengan ini, saya menarik balik seluruh isi kandungan dalam akuan bersumpah saya yang bertarikh 1 Julai 2008. Saya membuat akuan bersumpah itu dalam keadaan tertekan," kata Balasubramaniam dalam akuan bersumpahnya yang baru bertarikh hari ini.

Akuan bersumpah yang baru itu menyatakan:

"Saya ingin menyatakan bahawa tidak pernah pada bila-bila masa (Abdul) Razak (Abdullah) Baginda memberitahu saya yang beliau diperkenalkan kepada Altantuya Shaaribu oleh seorang VIP dan pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya bahawa Datuk Seri Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya Shaaribu dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya Shaaribu kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda dan atau Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya Shaaribu telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris;

"Tidak pernah pada bila-bila masa Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau meminta wang sebanyak US$500,000 sebagai komisen bagi bantuannya dalam urusan pembelian kapal selam di Paris;

"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Razak Baginda dan/atau Altantuya Shaaribu memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak berjumpa dengan Altantuya Shaaribu di Singapura;

"Tidak pernah pada bila-bila masa pun Altantuya Shaaribu ada memberitahu saya yang beliau mahu saya mengaturkan untuk beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak;

"Tidak pernah pada bila-bila masa saya ada memberitahu polis semasa penyiasatan mereka mengenai sebarang perhubungan antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Altantuya Shaaribu kerana perhubungan itu tidak pernah wujud, pada pengetahuan saya.

Oleh yang demikian, kenyataan yang saya tandatangani di hadapan polis sudah selesai;

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang beliau telah menghantar SMS kepada Datuk Seri Najib pada malam beliau ditahan; dan

"Tidak pernah pada bila-bila masa Razak Baginda ada memberitahu saya yang Datuk Seri Najib Tun Razak telah menghantar SMS kepadanya pada hari beliau ditahan yang menyatakan beliau (Najib) akan berjumpa dengan KPN (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) pada hari berkenaan dan masalah itu akan diselesaikan dan meminta Razak Baginda supaya terus tenang.

Semalam Najib sekali lagi menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Altantuya dan menyifatkan tuduhan mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang mati dibunuh itu sebagai "pembohongan dahsyat".

Najib menegaskan cubaan terbaru itu untuk mengaitkan beliau dengan jenayah h itu adalah "rekaan semata-mata, berniat jahat dan berunsur fitnah untuk mencemarkan imejnya."

-- BERNAMA

Thursday, July 3, 2008

ANWAR IBRAHIM RAJA LAWAK, RAJA DANGDUT & RAJA TEMBERANG?..











































































Salam saudara pembaca,

Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan nama yang asing di negara kita. Beliau adalah mantan Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Di sini zelmey ingin mengajak pembaca berfikir sejenak dan juga mengkaji serta menilai siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya?..

Apakah kejayaan & jasa beliau yang boleh kita banggakan selain dari bahasa yang berbelit-belit yang tak pernah kita guna pakai dalam kehidupan seharian?

Anwar hanya popular kerana tuduhan kes liwatnya pada tahun 1998 & 2008 (tarikh keramat!) yang amat memalukan rakyat negara Malaysia?