Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, October 12, 2008

SYABAS !! PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR

Hj Roslee bin Abdul Hamid


SYABAS !! PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR

10 Oktober 2008 -

Gold Course Hotel Klang - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar baru sahaja selesai Mesyuarat Perwakilan yang telah pun ditangguhkan pada tepat jam 3.40 pagi 11 Oktober 2008.

Pada pandangan peribadi saya, ini merupakan satu peralihan tampok pimpinan yang sangat efisyen. Ketuanya yang baru Hj Roslee dan Naibnya Ustaz Azizi bakal menonjolkan satu era baru iaitu "Suara Baru".

Hj Rosli menyatakan kepada saya "Suara Baru" yang membawa maksud, satu sistem pergerakan atau pentadbiran yang memberikan "suara terbuka" kepada seluruh ahli yang akan memberi peluang setiap ahlinya memberi sebarang pandangan, komen serta luahan. Beliau juga melantik Tn Hj Faizal bin Abdullah sebagai penasihat kepadanya.

Bagi Naibnya pula, beliau akan sentiasa berkhidmat kepada Ketuanya serta seluruh ahli tanpa mengira waktu dan akan memantapkan lagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

Walau terdapat beberapa suara didalam ucapan penangguhan yang agak extreme, tetapi para pemimpin pemuda dapat menerima dengan hati terbuka setiap pandangan. Ini menunjukkan kematangan dalam mengharungi cabaran untuk memenangi semula pilihanraya ke-13 akan datang.

Syabas juga diucapkan kepada Tn Hj Faizal bin Hj Abdullah iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang tenang dan profesional tidak bertanding bagi mempertahankan jawatan ini. Faizal berkata, "bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi kita telah buktikan yang terbaik dan berilah sokongan kepada Ketua yang baru ini dan teruskan perjuangan untuk orang Melayu. Pada kali ini program-program yang harus diberi keutamaan adalah program bertemu ahli-ahli secara terus dan kurangkan aktiviti-aktivi yang lain seperti sukan".

Wakil Pemuda dari negeri Selangor iaitu Zainuri bin Dato' Zakaria menyifatkan kehilangan Faizal Abdullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai. Beliau juga berkata, "Pemuda UMNO Kapar ini sangat beruntung kerana mempunyi Faizal Abdullah".

Apa yang kita semua harapkan, agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan seterusnya menjadi satu sayap utama yang penting dalam usaha merampas kembali kerajaan Negeri Selangor.

4 comments:

Unknown said...

Tahniah kepada semua yang menang. Bersamalah kita rapatkan kembali barisan dan perkukuhkan parti untuk persediaan PRU akan datang . KITA RAMPAS KEMBALI SELANGOR DARI PEMBANGKANG....

Anonymous said...

muahaha... "KITA RAMPAS KEMBALI SELANGOR DARI PEMBANGKANG....".
wei sham, kau tidoq ka ??? rampas dari pembangkang ? sape pembangkang kat selangoq ni ??

Unknown said...

Minta maaf.... Maksud pembangkang tu adalah PAKATAN RAKYAT.

Terima Kasih kerana menegur kesilapan saya.

Anonymous said...

nasib baik ko betulkan kalau x kenalah pangil sham dol..hehehe